Syed Saddiq jangan berlakon suci

Syed Saddiq jangan berlakon suci

Sikap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang galak bercakap mengenai isu rasuah dalam kalangan pemimpin, seolah-olah bersikap ‘suci’ dan ‘bersih’ di mata masyarakat.

Sedangkan, pada masa sama, beliau begitu ghairah bercakap tentang perbicaraan individu lain, kata Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk R Ramanan.



Oleh itu, Ramanan meminta Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu membersihkan namanya terlebih dahulu.

“Sebenarnya saya janggal untuk bercakap tentang kes mahkamah orang lain lagi-lagi jika ianya masih dalam peringkat bicara lagi dan belum selesai. Tetapi tindak tanduk Syed Saddiq ini memang sangatlah mengecewakan.

“Saya tidak pasti jika ini untuk kaburi pihak lain terutamanya rakyat tentang kes yang sedang dihadapinya namun tindakan menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan hanya disebabkan tidak puas hati dengan keputusan mahkamah yang melepas dan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan agak tidak logik.

“Janganlah kita berlakon suci sehingga ke tahap ini, buat ‘stunt’ seperti kita begitu suci. Kes anda pun belum selesai, mahkamah belum putuskan apa-apa lagi tetapi anda sudah bercakap dan menjadi hakim untuk kes orang lain? Buat provokasi sehingga mahu rakyat gelisah dengan kerajaan hari ini? Sudahlah Syed Saddiq,” katanya.



Kata Ramanan lagi, tindakan MUDA menarik sokongan tidak memberi apa-apa kesan sangat. Kerajaan masih kekal begitu juga Perdana Menteri jadi sedarlah, jangan terlampau taksub, retorik yang akhirnya akan makan diri,” tegasnya.

Ahad lepas, Syed Saddiq yang telah menarik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga di Dewan Rakyat.

Ia sebagai bantahan berhubung keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan memohon untuk kesemua pertuduhan itu digugurkan. MG

Syed Saddiq jangan berlakon suci



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker