Pemuda UMNO gesa benarkan perhimpunan PN
Pemuda UMNO gesa benarkan perhimpunan PN
Pemuda Umno senada dengan gesaan Ahli Parlimen Bangi dari DAP Syahredzan Johan supaya polis membenarkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengadakan perhimpunan aman “Selamatkan Malaysia” dijadualkan esok.
Ketuanya Dr Akmal Saleh menegaskan semua pihak mempunyai hak berhimpun secara aman yang dijamin dalam Perlembagaan negara.
“Maka perhimpunan yang ingin dianjurkan Pemuda PN pada esok hari selagi ia dilakukan secara aman, sepatutnya dibenarkan sama seperti himpunan sebelum ini.
“Jika mereka merasakan perhimpunan itu adalah baik dan mendatangkan faedah untuk rakyat, itu hak mereka,” katanya di Facebook.
Akmal berkata rakyat mampu menilai sendiri sama ada perkara itu mendatangkan faedah kepada mereka atau hanya sekadar kepentingan politik individu.
Semalam, Syahredzan menggesa perhimpunan Pemuda PN itu dibenarkan selagi berlangsung secara aman dan juga selaras perjuangan Pakatan Harapan (PH).
Ketua pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari berkata perhimpunan “Selamatkan Malaysia” di Kampung Baru itu diadakan bagi membantah keputusan melepas tanpa membebaskan Presiden Umno Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan berkaitan kes Yayasan Akalbudi. FMT
Pemuda UMNO gesa benarkan perhimpunan PN
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin diketepikan, Mahathir dilantik penasihat negeri diperintah PN
- Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen
- Syed Saddiq ayam jaguh tapi ekor bergelumang tahi
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
- Fasha Sandha mandi dengan suami buat netizen jadi panas (Video)
- Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik
- Saya bersedia untuk poligami tapi dia tinggalkan saya – Fauziah
- ‘Mengapa kahwin dengan saya kalau nak jadi curang’!
- Ahli Parlimen Melayu DAP sokong perhimpunan “Selamatkan Malaysia”
- Anak Que Haidar macam Barbie (Video)
- Demo anti-Zahid pindah tempat, Kampung Bharu jadi ‘kambing hitam’
- Fasha kehilangan ramai ‘followers’ kerana ‘upload’ aksi ghairah
- Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi
- Farid, Diana mahu rujuk semula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu
You must be logged in to post a comment.