Mondy Tatto dedahkan diusap dan dipegang ‘ustaz’ tanpa rela
Kisah perjalanan gadis bertatu dari Indonesia, Mondy Tatto ketika dijemput oleh seorang lelaki dari Malaysia nampaknya tidak seindah yang dipaparkan sebelum ini apabila pendedahan yang dilakukannya melalui satu podcast menceritakan sebaliknya.
Jelas gadis tersebut, pada hari pertama tiba di Malaysia dia dijemput menaiki kenderaan lelaki terbabit bersama dua lagi krew dan ketika berada dalam kenderaan itu tangannya telah diusap.
“Saya datang ke Malaysia adalah untuk menjual sambal yang saya buat, namun tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kali pertama bersama dia dalam kereta tangan saya telah dipegang dan diusap.
“Orang ingat saya ini yang teruk, tetapi dia lebih teruk, saya kena pertahankan hak saya. Kejadian kedua pula dia tutup langsir dalam kereta itu dan bangun serta singkap jubahnya dari bawah. Tetapi pemandu dia ketuk pintu dan bertanya apa yang berlaku.
“Kemudian kejadian ketiga pula, dia pegang pipi serta usap tatu saya seperti ingin mencium saya. Kami berdua bukan muhrim malah dia juga orang yang tinggi ilmu agamanya,” katanya.
Jelas gadis tersebut lagi, bukan hanya tiga kejadian itu yang berlaku malah dia juga telah diugut oleh pasukan lelaki terbabit kerana jelas mereka orang Malaysia sangat benci keadaan yang berlaku terhadap dirinya.
“Saya tidak mendedahkan perkara ini sebelum ini sebab saya ada ancaman, mereka kata saya akan dibaling batu jika berada di Malaysia.
“Kata mereka saya juga boleh dipindahkan (migrasi) ke tempat lain kerana rakyat Malaysia tidak menyukai saya,” jelasnya lagi.
Tambah Mondy, dia juga telah disuruh oleh lelaki itu untuk berlakon sedang solat, katanya dia tidak mahu untuk berbuat demikian kerana Islam tidak mengajar untuk mendedah dan menguar-uarkan ibadah yang dilakukan.
“Dia minta saya berlakon solat, pakai jubah solat. Dia paksa saya lakukan juga walaupun sekejap. Saya tidak mahu buat perkara sebegitu.
“Aku maklum kejadian ini kepada suami saya, saya terus menangis ketika hubunginya yang berada di Indonesia. Allah maha melihat dan tahu kejadian yang berlaku,” katanya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin diketepikan, Mahathir dilantik penasihat negeri diperintah PN
- Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen
- Syed Saddiq ayam jaguh tapi ekor bergelumang tahi
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
- Fasha Sandha mandi dengan suami buat netizen jadi panas (Video)
- Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik
- Saya bersedia untuk poligami tapi dia tinggalkan saya – Fauziah
- ‘Mengapa kahwin dengan saya kalau nak jadi curang’!
- Ahli Parlimen Melayu DAP sokong perhimpunan “Selamatkan Malaysia”
- Anak Que Haidar macam Barbie (Video)
- Demo anti-Zahid pindah tempat, Kampung Bharu jadi ‘kambing hitam’
- Fasha kehilangan ramai ‘followers’ kerana ‘upload’ aksi ghairah
- Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi
- Farid, Diana mahu rujuk semula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA
Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya