Khairul Aming menang Anugerah Ikon Inspirasi TikTok Shop

PEMPENGARUH media sosial, Khairul Aming Kamarulzaman melakar satu lagi kejayaan apabila menerima Anugerah Ikon Inspirasi sempena Sidang Kemuncak TikTok Shop 2023 pada Khamis.

Kejayaan luar biasa dalam hasil jualan produk bawah jenamanya Khairulaming Brand, menerusi TikTok Shop, telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan tersebut.

Khairul Aming berkata, TikTok Shop telah memberikan perspektif baharu tentang pentingnya menonjolkan kretiviti dalam dunia pasaran yang mencabar ketika ini.



Menurutnya, pada masa ini tiada platform yang menawarkan kandungan hiburan pada masa sama menyediakan platform perdagangan seperti TikTok Shop.

“Saya menggalakkan mereka yang mahu mengambil menceburi dunia e-dagang untuk memafaatkan platform TikTok Shop dan cuba mencipta kandungan untuk menjual di platform ini.

“Tiada yang mustahil selagi anda mahu memulakan langkah,” katanya.

Sidang Kemuncak TikTok Shop 2023 merupakan julung kali diadakan meraikan dan memperkasakan penjual, pencipta kandungan dan jenama yang memilih platform tersebut.



Pada acara tersebut, aplikasi hiburan melalui platform jualan dalam taliannya TikTok Shop turut mengumumkan 100 kali penambahan subsidi jualan untuk peserta e-dagang terlibat.

Pengarah Kategori FMCG TikTok Shop Malaysia, Wilson Leong, berkata Sidang Kemuncak TikTok Shop adalah tanda pengiktirafan kepada mereka yang terlibat seterusnya sebagai usaha membangunkan pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

Justeru, beliau berharap untuk melihat lebih banyak perniagaan mencapai kejayaan menerusi TikTok Shop.

“Sidang Kemuncak TikTok Shop adalah kemuncak semua kerja keras yang telah dilakukan oleh penjual dan pencipta kami untuk mencari rezeki sambil membina nama untuk diri mereka sendiri di TikTok Shop, terutamanya dalam gelombang beli-belah baharu ini yang menyatukan perdagangan, kreativiti dan kandungan.



“Saya gembira mendapat maklum balas daripada penjual yang telah mengembangkan perniagaan mereka dengan TikTok Shop dan dengan itu dapat juga memberi impak positif kepada orang lain melalui penglibatan mereka dengan platform kami,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker