Kes DNAA Zahid, Kit Siang terkejut katanya..
Selepas lebih sepuluh hari sejak Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, akhirnya veteran DAP Lim Kit Siang bersuara mengenai perkara itu.
Lim hari ini bercakap mengenai keputusan pelepasan tanpa membebaskan (DNAA) daripada pertuduhan yang diberikan kepada Zahid oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lepas (4 Sept).
“Saya sendiri terkedu dan terkejut dengan perkembangan terbaru DNAA (dilepaskan tanpa dibebaskan) mengenai kes (tersebut),” katanya.
Memetik laporan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12, Lim mempertegas kata-kata pendahuluan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli itu sebagai “paling meyakinkan.”
Anwar dan Rafizi menyatakan perang menentang rasuah kekal menjadi agenda Putrajaya dan untuk Malaysia berada pada kedudukan 25 teratas indeks persepsi rasuah dunia dalam tempoh 10 tahun.
“Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2023 yang akan diterbitkan pada bulan Januari tahun hadapan akan menjadi perkara yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia.
“Tetapi masa yang baik untuk menilai sama ada Malaysia berjaya mencatatkan apa-apa kemajuan dalam kempen antirasuah adalah dalam Pilihan Raya Umum ke-16 pada tahun 2027,” kata bekas ahli parlimen Iskandar Puteri.
Pada Selasa, Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan menyoal sikap berdiam diri wakil rakyat DAP – terutamanya Lim, anak lelakinya Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo – yang pernah lantang mengenai isu keadilan.
Takiyuddin menarik perhatian bahawa beberapa laporan berita antarabangsa mempersoalkan keputusan menarik balik kesemua 47 pertuduhan terhadap Zahid dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi.
“Di mana mereka lain yang sebelum ini yang membincangkan mengenai keadilan rakyat, sekarang ini isu DNAA senyap sepi, tidak ada suara,” soal setiausaha agung PAS itu.
Susulan keputusan AGC untuk memberikan Zahid DNAA, DAP berkata ia “mengambil perhatian” terhadap pandangan kritikal orang ramai mengenai perkara itu dan menegaskan bahawa penarikan balik itu merupakan budi bicara peguam negara.
Sikap membisu DAP menjadi alasan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar daripada blok kerajaan pada Ahad (10 Sept) dan menuduh DAP kini menjadi lapdog (barua) Zahid.
‘PN pecah belah masyarakat’
Sementara itu, sempena sambutan Hari Malaysia esok, Lim menyoal komitmen ahli parlimen dan Adun PN dalam menyokong usaha kerajaan memajukan negara untuk kembali ke zaman gemilang sebagai negara bertaraf dunia.
“Persoalan kritikal hari ini adalah sama ada semua 74 ahli parlimen dan 208 Ahli Dewan Undangan Negeri dari Perikatan Nasional menerima dan menyokong semua cita-cita dan prinsip-prinsip dalam Rukun Negara sebagai asas kepada usaha pembinaan negara, yang melibatkan pengurangan retorik isu 3R yang memecah-belahkan kepelbagaian kaum, agama, dan budaya dalam negara, serta iltizam negara untuk menjadikan Malaysia sebagai contoh tauladan dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara kaum, bahasa, dan budaya kepada dunia,” kata Lim pada kenyataan sama.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin diketepikan, Mahathir dilantik penasihat negeri diperintah PN
- Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen
- Syed Saddiq ayam jaguh tapi ekor bergelumang tahi
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
- Fasha Sandha mandi dengan suami buat netizen jadi panas (Video)
- Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik
- Saya bersedia untuk poligami tapi dia tinggalkan saya – Fauziah
- ‘Mengapa kahwin dengan saya kalau nak jadi curang’!
- Ahli Parlimen Melayu DAP sokong perhimpunan “Selamatkan Malaysia”
- Anak Que Haidar macam Barbie (Video)
- Demo anti-Zahid pindah tempat, Kampung Bharu jadi ‘kambing hitam’
- Fasha kehilangan ramai ‘followers’ kerana ‘upload’ aksi ghairah
- Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi
- Farid, Diana mahu rujuk semula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA
Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya