Usaha Terdesak Untuk Memenjarakan Najib Razak

oleh Ab Jalil Backer

Ada peguam menyatakan Najib Razak harus dikenakan tindakan menghina mahkamah termasuk penjara kerana enggan duduk dalam kandang tertuduh ketika pengurusan kes beliau.

Saya mencari berita tersebut. Semua berita melaporkan “kononnya” Najib diarahkan masuk ke kandang tertuduh oleh Pendakwaraya bukan oleh Hakim yang mengendalikan kes.

Saya bukan seorang peguam, namun sepanjang pengetahuan saya Undang-undang di Malaysia dan kebanyakan negara di dunia, kedudukan dan kuasa pendakwaraya dalam kamar mahkamah bukan setaraf Hakim.



Pendakwaraya walaupun bekas Hakim bukanlah seorang hakim pada masa tersebut. Beliau hanya sama taraf dengan peguam bela, tiada kuasa mengarah tertuduh atau saksi berbuat apa-apa.

Hanya Hakim boleh mengarahkan saksi atau tertuduh dan hanya mereka yang ingkar arahan hakim sahaja boleh dikenakan tindakan menghina Mahkamah.

Sebab itu jika saksi enggan menjawab soalan, Peguam perlu meminta Hakim mengarahkan saksi menjawab. Jika selepas hakim mengarahkan saksi masih enggan mengikut arahan barulah prosiding menghina mahkamah boleh dijalankan.

“kaduk naik junjung”.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker