Penjual claypot fasih cakap Kantonis, Mandarin

Penjual claypot fasih cakap Kantonis, Mandarin

Sepasang suami isteri bukan sahaja berniaga makanan popular kaum Tionghoa iaitu claypot malah turut fasih bertutur bahasa Kantonis dan Mandarin.

Ahmad Muzakin Mohd Amir, 48, berkata, sejak menjadi tukang masak claypot ketika berumur 17 tahun, dia turut mempelajari sedikit demi sedikit bahasa berkenaan.

Katanya, pada asalnya dia hanya mempelajari bahasa Kantonis sahaja hasil tunjuk ajar majikannya.

“Majikan saya sering bertutur menggunakan bahasa Kantonis. Kemudian saya dengar dan ikut. Saya juga sering bertanya kepadanya berkaitan apa yang dituturkan.

“Daripada situ, saya belajar. Alhamdulillah, saya fasih bertutur bahasa Kantonis selepas tiga tahun belajar,” katanya ditemui di restorannya yang terletak di Sri Petaling di sini.

Mengulas lanjut, Ahmad Muzakin yang lebih 25 tahun terbabit dalam bidang masakan claypot berkata, dia mempelajari bahasa Mandarin ketika berumur 20 tahun.

Tidak seperti bahasa Kantonis, katanya, bahasa Mandarin dipelajari melalui persekitaran, hasil bersemuka atau berkomunikasi dengan pelanggan.

“Bagaimanapun, saya hanya fasih bertutur kedua-dua bahasa berkenaan, namun daripada segi penulisan, saya tidak mahir,” katanya.

Dia yang mempunyai tiga cahaya mata turut mengakui, fasih dalam bahasa Kantonis dan Mandarin memudahkan urusannya untuk berinteraksi dengan pelanggan.

“Ia adalah satu kelebihan apabila kita mampu menguasai bahasa asing. Ia memudahkan kita untuk berinteraksi selain melayan pelanggan. Urusan kita juga mudah,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kepelbagaian bangsa di negara ini, rakyat Malaysia seharusnya menjadikan ia sebagai satu kelebihan, antaranya mempelajari bahasa lain.

“Kita tinggal bersama masyarakat majmuk. Oleh itu, kita seharusnya mengambil kesempatan dengan mempelajari pelbagai bahasa yang ada kerana ia banyak membantu urusan seharian,” katanya sambil menambah, individu yang mahu mempelajari bahasa asing perlu memiliki minat serta keyakinan.

Isterinya, Rotiya Ropi, 48, yang turut membantu perniagaan berkenaan juga fasih berbahasa Kantonis dan Mandarin.

Katanya, dia mengambil masa setahun untuk fasih berbahasa Kantonis dan ia hasil pembelajaran daripada persekitaran.

“Selain itu, saya juga mempelajari sedikit demi sedikit bahasa Mandarin dan mengambil masa dua tahun untuk fasih.

“Kedua-dua bahasa ini saya pelajari daripada persekitaran seperti hasil perbualan dengan pelanggan,” katanya. HM

Penjual claypot fasih cakap Kantonis, Mandarin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker