Berkawan sejak kecil, meninggal pun bersama
Berkawan sejak kecil, meninggal pun bersama
SEGAMAT: Dua sahabat, Muhammad Hazim Abd Halim, 25, dan Muhamad Fikri Amaludin, 24, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 39.3 Jalan Muar-Tangkak di Sagil, dekat sini semalam, berkawan baik dari kecil dan sering menghabiskan masa bersama.
Abang Muhammad Hazim, Muhd Haziq, 26, memberitahu hubungan adiknya dengan Muhamad Fikri umpama isi dengan kuku dan sering menghabiskan masa bersama sejak mereka bersekolah rendah lagi.
Katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, manakala Muhamad Fikri di Universiti Malaysia Pahang (UMP).
“Ketika kecil, mereka jarang berenggang, boleh dikatakan setiap hari arwah Muhamad Fikri ke rumah kami. Tak sangka mereka pergi pun bersama-sama,” katanya ketika ditemui selepas pengkebumian mangsa semalam dan mengakui amat terkejut dengan kejadian itu.
Muhd Haziq berkata, dia jarang bertemu adiknya dan Muhamad Fikri kebelakangan ini kerana mereka menyambung pelajaran.
“Memang terkejut, rasa macam tak percaya, tapi saya reda dengan pemergian mereka kerana ajal maut di tangan tuhan,” katanya dalam nada sebak.
Jenazah Muhammad Hazim dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Paya Merah, Labis, manakala jenazah Muhamad Fikri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tenang, di sini, jam 6.30 petang semalam.
Dalam nahas kira-kira jam 7.05 pagi semalam, Perodua Myvi dinaiki dua sahabat itu terbabit kemalangan dengan sebuah treler, namun lelaki berusia 37 tahun yang memandu treler tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib dilaporkan berkata, kemalangan dipercayai apabila Perodua Myvi dari arah Tangkak menuju Segamat, dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung treler.
Pemandu Perodua Myvi dan penumpang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan kepala sebelum jenazah mereka dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Tangkak dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BH
Berkawan sejak kecil, meninggal pun bersama
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah tanding Presiden dalam pemilihan Bersatu?
- PN jangan jual agama kerana nak kerusi – Johari
- Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia
- Isteri Opick dihalau dari rumah
- Dua individu tebuk Tembok Besar China untuk bina jalan pintas
- Menari dalam kawasan masjid
- Khairuddin bidas PAS kini cipta naratif lain
- Pakai abaya, puluhan pelajar diarah balik rumah
- Wan Fayhsal jangan malas membaca
- Bintang Manchester United Antony kaki dera
- UMNO, sila pecat saya – Adun Rembia
- Hamad Kama Piah jalani pembedahan otak lepas terjatuh
- Mat Sabu harap ‘perkahwinan diatur’ PH-BN kekal
- Komen Anwar tentang kes Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin
Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula
You must be logged in to post a comment.