My name is Ahmad and i am not a terrorist

My name is Ahmad and i am not a terrorist

“Nama saya Ahmad, tetapi saya bukan pengganas”.

Itu reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung laporan sebuah kumpulan Islam di Amerika Syarikat (AS) yang mendedahkan, majoriti atau 98 peratus nama dalam senarai pemantauan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), terdiri daripada nama orang Islam.



Beliau berkata, menuduh individu yang mempunyai nama Islam sebagai pengganas adalah isu salah tafsiran dan prasangka.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, laporan bertajuk ‘Twenty Years Too Many, A Call to Stop the Secret Watchlist FBI’, yang memperincikan agensi penguatkuasa AS itu didakwa menggunakan Pangkalan Data Saringan Keganasan yang menyasarkan umat Islam sebenarnya disalah tafsir pihak tertentu.

Jelasnya, dasar AS mengenai hal itu adalah jelas lagi nyata kerana ia langsung tiada kaitan dengan sentimen atau prejudis terhadap sesuatu kaum dan agama.

“Saya juga membaca laporan itu dan ini adalah soal salah tafsiran. My name is also Ahmad but i’m not terrorist (nama saya juga Ahmad tetapi saya bukan pengganas).



“Memandangkan sifat murni ibu bapa saya yang memilih nama Ahmad sebelum Zahid sebagai nama saya. Saya fikir masalah ini asasnya adalah persoalan salah tafsir.

“Saya fikir usaha kerajaan AS yang tumpu isu ini adalah sebab nama. Saya fikir dasar kerajaan AS jelas dan nyata, tidak ada prejudis terhadap kaum membabitkan perbezaan agama.

“Saya fikir adalah satu perkara untuk memperjelaskan persepsi ini kepada inteprestasi. Saya percaya Duta Besar AS ke Malaysia, Brian (D McFeeters) akan membantu mengatasi persepsi buruk. Saya fikir masalah itu akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Bahagian Asia Pasifik Ke-23, di sini, hari ini.



Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Presiden FBINAA Antarabangsa, Tim Braniff; Penolong Pengarah Divisyen Operasi Antarabangsa FBI, Raymond P Duda; Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D McFeeters dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.

Laporan bertajuk ‘Twenty Years Too Many, A Call to Stop the Secret Watchlist FBI’, memperincikan FBI menggunakan Pangkalan Data Saringan Keganasan, yang dikatakan menyasarkan umat Islam.

Ia dikeluarkan oleh Majlis Perhubungan Amerika-Islamik (CAIR) pada 12 Jun lalu, memetik laporan Agensi Anadolu.

Selepas diberikan senarai FBI versi 2019 oleh penggodam Switzerland, yang menemukannya dalam talian berikutan penyiarannya secara tidak sengaja oleh syarikat penerbangan serantau, CAIR menjalankan analisis komprehensif terhadap lebih 1.5 juta nama yang tersenarai.



Lebih 350,000 nama, termasuk beberapa transliterasi Mohamed atau Ali atau Mahmoud dengan 50 nama yang paling kerap muncul, membabitkan nama orang Islam.

Laporan itu menyebut, selama 20 tahun, senarai rahsia FBI menimbulkan kesukaran dan ketakutan kepada masyarakat Islam.

Mengulas kehadiran wakil FBI dalam program hari ini yang memungkinkan ada pertemuan khas bagi membincangkan perkembangan terkini ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, Ahmad Zahid tidak mengiya atau menidakkan.

Beliau sebaliknya berkata, isu berkaitan Jho Low itu tidak sesuai dibincangkan pada program yang dihadirinya hari ini.



“Itu kita bincang di tempat lain. Tak sesuai (di sini,” katanya. BH

My name is Ahmad and i am not a terrorist

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker