MUDA adakan mesyuarat tergempar bincang pengguguran kes Zahid

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atas 47 kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi dan berdiam diri, sebaliknya berharap dapat mendengar pandangan daripada orang ramai berhubung isu berkenaan.

“Berdosa besar jika saya berdiam diri. Sebelum pilihan raya, kata tak akan jadi perdana menteri yang tunduk kepada perasuah.

“Lepas pilihan raya bukan sahaja tunduk dengan perasuah tetapi menormalisasikan rasuah. Mula dengan penangguhan kes selepas itu mohon gugurkan kes.

“Timbalan Pendakwa Raya ditukar pada saat-saat terakhir. Hari ini satu Malaysia dikejutkan dengan berita kesemua 47 pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri dilepaskan,” katanya dalam video hantaran di aplikasi X pada Isnin.

Terdahulu, pasukan pendakwaan mengemukakan 11 alasan menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid. Ia termasuk surat representasi oleh Presiden UMNO itu yang menyatakan pertuduhan dibuat ke atasnya dilakukan secara terburu-buru.

Ahmad Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Dalam pada itu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, hakim atau pihak mahkamah tidak sepatutnya dipersalahkan berhubung kes tersebut berikutan keputusan membebaskan Presiden UMNO itu dilakukan oleh pihak pendakwaan.

“Sampai Yang Arif Hakim pun kata bazir masa dan duit rakyat. Puluhan saksi telah dipanggil, beribu muka surat dokumen-dokumen dikemukakan.

“Empat tahun perbicaraan tiba-tiba gugurkan kes pada saat yang terakhir. Dulu lawan rasuah, kini normalisasi rasuah.

“Muda akan adakan mesyuarat tergempar berkenaan isu ini. Kita tidak akan bertoleransi dengan perkara ini dan saya hendak dengar pandangan anda semua,” ulasnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker