Anggota Hizbut Tahrir, isteri ditahan

Anggota Hizbut Tahrir, isteri ditahan

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan seorang anggota Hizbut Tahrir Malaysia, Jamaluddin Maidin Syed, di sini jam 2.30 pagi tadi.

Jurucakap pertubuhan itu, Abdul Hakim Othman, berkata penahanan itu disahkan anak kepada Jamaluddin yang mengiringi bapanya.



“Terdahulu, Penguat kuasa JHEAINS menahan isteri dan anak perempuan Jamaluddin di kediaman mereka di Bandar Seremban Selatan, di sini, sekitar jam 11 malam tadi.

“Sewaktu serbuan terbabit, hanya isteri, ahli keluarga, dan dua pekerja beliau berada di tempat kejadian, manakala Jamaluddin, berada di luar Seremban.

“Penguat kuasa JHEAINS dilaporkan menggeledah kediaman Jamaluddin dan merampas beberapa buku. Mereka juga meminta supaya Jamaluddin balik segera atas alasan membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ketika dihubungi menerusi panggilan telefon oleh seorang ahli keluarga Jamaluddin, seorang penguat kuasa yang tidak memperkenal diri mendakwa mempunyai waran untuk melakukan penggeledahan di premis berkenaan mengikut kesalahan Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.



“Tanpa mempunyai waran tangkap, penguat kuasa JHEAINS menahan isteri dan seorang anak perempuan Jamaluddin serta dua pekerja beliau dan mereka dilaporkan dibawa ke Pusat Dakwah Islam, Paroi, untuk siasatan lanjut.

“Sehingga kini kami gagal menghubungi Jamaluddin,” katanya. BH

Anggota Hizbut Tahrir, isteri ditahan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker