Trak pikap dirempuh kereta api, pemandu langsung tidak cedera

Sarawut ditemui tanpa kecederaan di tempat duduk pemandu. -Sanook

Sebuah trak pikap rosak teruk selepas ia terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta api ekspres di Thailand, namun pemandunya terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kereta api nombor 170 ketika kejadian sedang dalam perjalanan dari Yala ke Bangkok apabila ia bertembung dengan sebuah trak pikap Toyota sejurus sebelum tiba di stesen Kuan Mee.

Rempuhan dua kenderaan itu dikatakan terlalu kuat sehingga menyebabkan trak tersebut melambung ke tepi landasan. Bahagian kanan kenderaan itu turut musnah sepenuhnya.

Pemandu trak tersebut, Sarawut Suwanaphum, 44, yang merupakan seorang warden di penjara Na Thawi bagaimanapun terselamat tanpa sebarang kecederaan.



Dia ditemui berada di tempat duduk pemandu di dalam trak yang remuk itu, manakala kereta api tersebut hanya mengalami sedikit kerosakan sebelum meneruskan perjalanan.

Pihak berkuasa pada awalnya bergegas membantu Sarawut kerana menyangka dia cedera parah melihatkan keadaan kenderaannya. Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendapati dia dalam keadaan selamat.

Ketika disoal, Sarawut menjelaskan bahawa dia sedang melintasi landasan kereta api, namun tidak melihat tren tersebut menghampirinya. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker