Lelaki berhenti kerja cari 96 anak kandung hasil derma sperma

Miller percaya dia mempunyai 96 orang anak kandung dan telah menemui 25 daripada mereka setakat ini. – Instagram

Seorang lelaki di negeri Georgia yang menjadi bapa kepada 96 kanak-kanak menerusi kaedah menderma sperma membuat keputusan berhenti kerja bagi menjalankan misi mencari semua anaknya, lapor portal berita LadBible semalam.

Dylan Stone-Miller, 32, memulakan perjalanan sejauh 14,484 kilometer pada musim panas kali ini untuk menjejaki anak-anaknya seramai mana yang boleh.

Jurutera perisian itu berkata, dia bertekad melakukan demikian selepas melihat gambar salah seorang anak kandungnya yang bernama Harper.

Miller mula bertemu dengan Harper ketika kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Sejak itu, dia membuat keputusan untuk berhubung dengan zuriatnya seramai yang mungkin.



Bagi membolehkan dia meneruskan usaha tersebut, Miller nekad berhenti kerja dan membelanjakan duit simpanannya dalam menjejaki mereka.

Setakat ini, dia telah menemui 25 anak kandungnya.“Saya sendiri tidak pasti berapa ramai anak yang saya ada,” ujarnya.

Miller mula mendermakan sperma ketika bergelar pelajar psikologi di Universiti Negeri Georgia dengan membantu ramai pasangan mendapatkan anak selama enam tahun.

Dia dibayar sebanyak AS$100 (RM464) bagi setiap sesi. Miller juga membenarkan bank sperma untuk berkongsikan maklumat dirinya kepada anak-anaknya selepas mereka berumur 18 tahun. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker