Dana firma perjudian digunakan biayai kempen pilihan raya

Dana firma perjudian digunakan biayai kempen pilihan raya

Siasatan SPRM didakwa menemui bukti yang menunjukkan bahawa dana daripada beberapa syarikat perjudian digunakan untuk membiayai sekurang-kurangnya tiga kempen pilihan raya sejak 2018.

Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan telah ditahan dan lebih ramai lagi akan dipanggil bagi menyelesaikan skandal perjudian membabitkan rasuah berkenaan.



Utusan Malaysia melaporkan, SPRM mendapati dana bernilai RM6 juta hing­ga RM7 juta itu dipercayai di­terima orang kenamaan dan pemimpin politik selepas syarikat perjudian ter­sebut diberi lesen mengope­rasikan aktiviti mesin slot di kelab persendirian dan persa­tuan dimiliki syarikat pengendali mesin judi.

Sebahagian daripada dana itu kemudiannya didakwa digunakan untuk membiayai kempen semasa pilihan raya umum ke-14 dan ke-15, serta enam pilihan raya negeri baru-baru ini.

Siasatan SPRM mendapati, selain dana bagi tujuan politik, syarikat judi tersebut juga dikatakan dipaksa menaja pelbagai aktiviti membabitkan VIP dan pemimpin politik berkenaan seperti bermain golf di kelab-kelab mewah.

Akhbar itu yang memetik sumber SPRM, juga tidak menolak kemungkinan terdapat bayaran tertentu dibuat syarikat-syarikat tersebut kepada pihak berkuasa di negara ini secara bulanan agar operasi judi yang dijalankan lancar dan tidak diganggu



Setakat ini, 13 individu termasuk seorang Tan Sri dan seorang Datuk Seri telah ditahan SPRM menerusi operasi khas pada Rabu lalu.

Tangkapan ke-14 membabitkan seorang pengendali syarikat perjudian di Pulau Pinang yang ditahan pada Ahad dan direman selama tiga hari.

Memetik sumber, Utusan Malaysia semalam melaporkan SPRM juga sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai berada di luar negara sejak seminggu lalu bagi membantu siasatan sama.

Sumber itu berkata, nama individu berkenaan mungkin didedahkan SPRM sekiranya mereka masih enggan tampil membantu siasatan.



Selain itu, SPRM juga, katanya, akan meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan mereka.

Dari maklumat diperoleh, individu berkenaan dipercayai telah berada di negara jiran dan sebuah negara Eropah sejak seminggu lalu.

Sementara itu, SPRM dilaporkan telah membekukan akaun beberapa individu dan syarikat berjumlah RM40 juta, susulan penahanan tersebut.

Pada Disember tahun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah membayangkan bahawa kempen Perikatan Nasional sebahagiannya dibiayai oleh hasil perjudian.



Bagaimanapun, pada Mei tahun ini, dilaporkan SPRM masih belum membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu kerana kekurangan bukti tertentu.

Ini menimbulkan kekecohan daripada PN, yang menuduh Anwar memfitnah.

Perdana menteri menegaskan bahawa dia tidak akan “bercakap tanpa bukti”.

Tidak jelas sama ada tindakan SPRM sekarang itu berkaitan dengan dakwaan Anwar ataupun tidak. Mk



Dana firma perjudian digunakan biayai kempen pilihan raya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla



Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker