Penjara bukan tempat untuk penagih dadah – Zaliha Mustafa

Penjara bukan tempat untuk penagih dadah – Zaliha Mustafa

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata penjara bukan tempat untuk merawat dan memulihkan pengguna dan penagih dadah, justeru menggesa pendekatan berasaskan kesihatan awam.

Beliau berkata sebahagian penagih dadah terpaksa diasingkan di pusat rawatan dan pemulihan dan khuatir ini boleh merencatkan tahap kefungsian mereka sebagai ahli masyarakat.



“Memberi penekanan yang berbeza kepada mereka dari sudut kesihatan awam sangat perlu dialu-alukan dan diutamakan,” katanya dalam ucapan kepada simposium psikiatri penagihan dan forensik.

Zaliha maklum pengamal perubatan berdepan keperluan membuat penilaian ke atas pengguna dan penagih dadah yang sedang mempunyai pendakwaan undang-undang, dan mereka juga berdepan cabaran dengan pesalah yang bergelut dengan gejala seperti sindrom sarak (withdrawal syndrome) atau kerencatan fizikal dan mental akibat penggunaan dadah.

“Ini menyebabkan kesukaran bagi membentuk pelan rawatan perubatan yang berkesan, yang juga memenuhi kehendak perundangan. Ini juga menghalang rawatan dan pemulihan yang sesuai untuk dimulakan dan pada masa sama melewatkan proses perundangan.”

Terdahulu, Dr Adeeba Kamarulzaman dari Universiti Monash yang dalam ucaptama beliau berkata perlu ada suatu reformasi dalam menangani kes penyalahgunaan dadah.



Katanya, agensi anti-dadah kebangsaan sedia ada menggabungkan rawatan, pemulihan, dan penguatkuasaan.

“Ia tidak berkesan seperti yang sepatutnya dari segi pencegahan, rawatan, penjagaan, dan sokongan,” katanya.

Pada 2021, bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainuddin mengumumkan Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan yang bakal menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) tetapi undang-undang baharu itu hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun depan.

Tahun lepas, penyelaras penyelidikan klinikal di Pusat Kecemerlangan Penyelidikan bagi AIDS, Dr Sangeeth Kaur berkata memenjarakan penagih dadah adalah berbahaya, kerana mereka harus diberi rawatan.



Sementara itu, Komisioner Jeneral Penjara Nordin Muhamad berkata Malaysia mahu mengurangkan kadar penghuni penjara sebanyak 2/3 dalam tempoh lapan tahun akan datang, dan lebih bergantung kepada komuniti pemulihan.

Tahun lepas, FMT melaporkan 60% banduan terdiri daripada pesalah kesalahan kecil dadah yang tidak ganas. FMT

Penjara bukan tempat untuk penagih dadah – Zaliha Mustafa

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah



Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker