Kisah Saidina Ali r.a. berasa malu

Kisah Saidina Ali r.a. berasa malu

Suatu kisah di peperangan Uhud menarik untuk diimbas kembali. Ia cerita tentang salah seorang sahabat Rasulullah juga khalifah Islam yang mempunyai sifat keberanian yang tinggi. Siapa lagi jika bukan Sayidina Ali r.a.

Namun bukan soal keberanian yang hendak ditonjolkan kerana semua orang tahu tentang itu. Kalau tidak masakan dia rela menjadi galang ganti untuk tidur di tempat perbaringan Rasulullah s.a.w sekalipun tahu, Rasulullah menjadi buruan kaum kafir Quraisy untuk dibunuh.



Lupakan kisah itu. Kembali pada kisah peperangan Uhud, perang kedua selepas kemenangan besar tentera Islam dalam peperangan Badar. Secara tradisinya, sebelum pertempuran antara dua kumpulan tentera bermula, setiap pihak akan menghantar setiap wakil untuk berlawan satu dengan satu terlebih dahulu.

Di pihak angkatan tentera Quraisy, Talhah bin Uthman, panglima yang memimpin tentera Quraisy telah mencabar kaum Muslimin. Dengan nada sombong dia berkata,

“Wahai pengikut-pengikut Muhammad, kamu mendakwa bahawa pedang kamu akan membawa kami semua ke neraka, manakala pedang kami akan membawa kamu ke syurga. Adakah ada dari kalangan kamu yang mahu mencabar aku sehingga pedangku ini akan membawanya ke syurga atau pedangnya yang akan membawa aku ke neraka?!”

Cabaran Talhah disambut oleh Ali r.a. katanya,



“Demi Allah, aku tidak akan melepaskan kau sehinggalah pedangku ini menghantarmu ke neraka atau pedangmu menghantarku ke syurga!”

Dengan sahutan cabaran itu, maka bermulalah perlawanan satu bertemu satu. Ketangkasan Ali bermain pedang akhirnya berjaya memancung kaki Talhah dan serentak dengan itu Talhah jatuh tersungkur ke tanah. Sorakan semangat mula bergema di kalangan tentera kaum Muslimin.

Kesempatan itu digunakan oleh Ali untuk menamatkan riwayat Talhah. Namun tiba-tiba Ali membatalkan niatnya. Lantas kembali ke arah tentera kaum Muslimin. Tindakan Ali r.a menimbulkan tanda tanya terutama Rasulullah s.a.w. Soal Baginda,

“Mengapa tidak engkau membunuhnya, wahai Ali?”.



“Ya Rasulullah!, sewaktu aku ingin membunuhnya, aku ternampak auratnya terbuka. Lantas aku berpaling darinya dan aku malu untuk mendatanginya buat kali kedua.”

Itulah sebenarnya yang hendak disampaikan. Malu! Kerana sifat malu yang tinggi dalam jiwa Ali, sekalipun dalam situasi membabitkan persoalan hidup atau mati, Talhah akhirnya terselamat dari tusukan penamat pedang Ali.

Malu membuat amal bangga melakukan dosa

Hari ini, sifat malu yang tinggi kedudukannya dalam jiwa para sahabat kian hilang. Sebaliknya, malu hanya timbul apabila berlakunya situasi menutup aib terhadap perkara yang sudah pun berlaku!



Malu datang apabila seorang gadis mula membusung perut hasil dari perbuatan zina. Untuk tutup malu dan aib itu, maka anak yang dikandung digugurkan. Lebih menyedihkan, kandungan yang diusung hasil dari benih yang tidak halal, akhirnya dibuang di merata-rata tempat. Itulah nilai malu apabila nyawa bukan lagi menjadi pertimbangan.

Perbezaan dua situasi. Malu Sayidina Ali menyelamatkan nyawa musuhnya. Tapi malu, pada umat kini menamatkan riwayat dan hak nyawa seseorang!

Manusia hari ini malu bila kesalahan yang dilakukan mula terbongkar. Manusia menjadi malu apabila kejahilan dalam diri tidak mahu diubah. Seolah-olah malu itu hanya ada di saat berlaku kekurangan dan kejelekan pada diri.

Tapi di saat diri serba sempurna, nilai malu tiada erti. Tiada istilah malu ketika tidak melaksanakan tuntutan solat. Sedangkan sepatutnya yang tidak solat perlu berasa malu tetapi hari ini berlaku sebaliknya. Yang ingin mendirikan solat pula berasa malu.



Tiada juga makna malu ketika sanggup makan di bulan puasa tanpa uzur. Dan tiada pula nilai malu apabila arak diteguk bagai air sirap, berparti liar dan melakukan maksiat

Bukan itu sahaja. Malu tiada maknanya ketika berdua-duaan dengan bukan mahram. Malu juga tidak bermakna apabila pipi saling berlaga sekalipun berlainan jantina dan tiada ikatan mahram. Alasan yang diberikan, untuk apa malu kerana itulah kebiasaan yang sering dilakukan.

Ternyata kedudukan malu mula berubah dari paksinya. Ia seolah-olah sudah menjadi putaran 360 darjah dari maksud asal malu yang disyariatkan Allah. Malu untuk melakukan ibadah tapi tidak malu untuk melanggar syariat Allah. Utv

Kisah Saidina Ali r.a. berasa malu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker