Akaun dibeku atas arahan ‘pemimpin politik tertinggi’ kerajaan – Hamzah

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mengesahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membekukan akaun miliknya dan isterinya semalam.

Hamzah yang merupakan setiausaha agung Bersatu itu mendakwa pembekuan itu berpunca daripada tekanan dan campur tangan “pemimpin-pemimpin politik tertinggi” kerajaan persekutuan.

“Pembekuan ini, yang kemudiannya disebarkan kepada media, merupakan usaha terdesak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk terus menekan pimpinan PN yang semakin mendapat kepercayaan rakyat.



“Ia juga satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN terutamanya selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada PN yang memenangi 146 daripada 245 kerusi DUN baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, pembekuan itu dilaporkan berkaitan dengan siasatan SPRM yang sedang dijalankan terhadapnya.

Hamzah berkata “pendakwaan politik” terhadapnya serupa seperti kes melibatkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, yang kini berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa berkaitan program Jana Wibawa ketika dia menjadi perdana menteri.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan itu.



Namun tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) terhadapnya masih kekal.

Hamzah juga berkata dia pasti ada banyak lagi “tindakan politik” akan diambil terhadapnya dan pemimpin PN lain dalam masa terdekat.

“Kezaliman kerajaan PH-BN ini tidak akan menghentikan perjuangan saya,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata dia telah menyerahkan surat tuntutan kepada kerajaan, SPRM dan ketua pesuruhjayanya Azam Baki.



“Peguam saya sedang menyediakan kertas-kertas tindakan untuk tujuan memulakan tindakan mahkamah terhadap SPRM, ketua pesuruhjaya SPRM dan kerajaan kerana mengheret nama saya dalam kes pendakwaan yang tiada kena mengena langsung dengan saya,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?



Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker