ABIM pertahan langkah Kerajaan perkenalkan Modul Hadis 40
Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tepat dengan keperluan semasa dan masa depan negara untuk memupuk kesederhanaan dalam kalangan generasi muda Muslim, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Presiden Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, maka pengenalan modul itu yang hanya untuk pelajar beragama Islam tidak harus dipolemikkan.
“Ini sekaligus dapat membasmi fahaman melampau dalam beragama daripada berleluasa di negara ini kerana ia tidak disandarkan pada apa-apa autoriti agama yang kukuh.
“Dengan penerapan modul himpunan hadis 40 Imam Nawawi ini secara langsung dapat menjadi kunci untuk memastikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini dapat terus dipelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Modul itu akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sebelum dilancarkan ke sekolah awam lain.
Dibangunkan atas saranan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, modul itu dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada 19 Ogos lalu dan bertujuan memupuk nilai-nilai sabda atau hadis Nabi Muhammad di peringkat sekolah.
Laporan Bernama tentang pelancaran itu tidak menyatakan jika modul ini untuk pelajar Islam sahaja.
Susulan itu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menyatakan “kebimbangan mendalam” terhadap kemungkinan pelajar bukan Islam perlu mempelajari modul itu juga.
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan hari ini menjelaskan ia akan diajar kepada pelajar Islam sahaja.
Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata kedudukan Islam sebagai agama persekutuan bukan hanya bersifat ritual, tetapi mencakupi sebagai “agama dan cara hidup sempurna” umat Islam di Malaysia.
“Justeru Abim menggesa semua pihak berlapang dada serta menghormati inisiatif kerajaan khususnya dalam membawa pendidikan Islam yang sememangnya sejajar dengan nilai-nilai murni masyarakat kita,” katanya lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Amelia Henderson patah jari kaki
- ‘Bagi balik helmet ‘fullface’ anak aku’
- Peperiksaan SPM 2023 bermula 5 Disember
- Adun Umno Melaka hadiri majlis pelancaran jentera PN
- Suami Intan Najuwa nampak muda lepas kahwin
- Dah melampau dia ni, nak saman ke tak – Che Ta tanya netizen
- Menantu Zainal Abidin dedah betapa kejamnya bekas suami
- Nad jangan jadi sombong
- Akaun bank Hamzah Zainudin dan keluarga dibekukan LHDN
- Hidayah naik angin Ali Puteh nak bagi motosikal ganti duit
- Motivator umpan pelajar lakukan seks (Video)
- UMNO TIDAK BELA NAJIB?
- Punca Intan Najuwa tak pergi ‘honeymoon’
- Siti Elizad sebak cerita susahnya dapat zuriat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.