Selepas kalah saman, MB Kedah bakal berdepan dengan tindakan hina mahkamah

 

Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar akan mempertimbang untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Muhammad Sanusi Md Nor susulan tindakan menteri besar Kedah itu berkongsi semula kenyataan fitnah terhadapnya.

Mahfuz berkata dia akan meminta peguamnya untuk menyemak tindakan yang wajar diambil untuk situasi tersebut.



“Saya akan minta peguam saya semak (untuk mulakan prosiding hina mahkamah), apakah wajar untuk saya mengambil tindakan,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahfuz diminta mengulas tindakan Muhammad Sanusi yang memuat naik semula kenyataan fitnah terhadapnya hari ini, sehari selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengetepikan saman fitnah ke atasnya.

Kenyataan itu dikongsi semula di laman Facebook Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS ketika mengulas keputusan tersebut, yang antara lain menaikkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayarnya daripada RM50,000 kepada RM120,000.

“Posting inilah yang didapati saya bersalah oleh mahkamah dan diperintahkan membayar ganti rugi RM50,000 oleh Mahkamah Tinggi (+ RM15,000 kos) dan kemudian dinaikkan kepada RM120,000 oleh Mahkamah Rayuan kerana RM50k didapati terlalu rendah oleh plaintif.



“Mereka membuat counter appeal (rayuan balas) untuk tuntut lebih tinggi,” tulisnya di media sosial pagi tadi.

Tindakan Sanusi itu walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 November 2021 telah memerintahkan injunksi yang menegahnya atau ejen-ejennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah terhadap Mahfuz.

Mahfuz yang merupakan bekas anggota Parlimen Pokok Sena memfailkan saman tersebut pada 9 Oktober 2019 berhubung satu hantaran Sanusi – yang mengaitkannya dengan isu pemindahan kedai judi nombor ekor Sport Toto ke kawasan tersebut – yang dimuat naik di laman Facebooknya pada 30 Julai 2019.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata dia terkejut dengan tindakan Sanusi itu walau setelah perintah injunksi dikeluarkan.



“Saya nampak tindakan dia memuat naik semula kenyataan itu jelas memperlihatkan dia tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

“Isunya adalah dia telah mengaibkan saya bukan soal macam itu atau macam ini saja (seperti mana yang dikongsikan semula di Facebook Sanusi),” tegas Mahfuz.

Mahfuz berkata dia lega dengan keputusan mahkamah dan berharap ia dapat menunjukkan bahawa Sanusi telah memfitnahnya.

“Saya melihat dengan keputusan mahkamah akan dapat menunjukkan Sanusi ini adalah pemfitnah nombor satu negeri Kedah,” katanya lagi.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker