Taikun hartanah dipilih Perdana Menteri Thailand

Pemimpin Parti Pheu Thai, Srettha Thavisin akan menjadi Perdana Menteri Thailand yang baharu selepas mendapat sokongan Parlimen dalam sesi pengundian hari ini, lapor stesen penyiaran CNBC.

Srettha merupakan taikun hartanah yang memasuki politik beberapa bulan lalu di bawah logo Pheu Thai.

Beliau yang memerlukan 375 undi untuk menduduki kerusi Parlimen dan menubuhkan kerajaan seterusnya, memenangi 482 kerusi, kata Pheu Thai.

Thailand ditadbir oleh kerajaan interim sejak Mac lalu dengan Parlimen  berada dalam kebuntuan.

Parti Move Forward menang besar dalam pilihan raya Mei lalu tetapi kemudian disekat untuk kerusi Perdana Menteri apabila pemimpinnya, Pita Limjaroenrat tidak cukup 51 kerusi untuk menjawat jawatan tersebut.

Pheu Thai pada awalnya menyokong Move Forward tetapi cuba untuk berkuasa selepas parti tersebut gagal mendapat sokongan Parlimen.

Pheu Thai yang merupakan parti kedua terbesar menyatakan kelmarin bahawa pihaknya telah membentuk kerajaan campuran melibatkan 11 parti politik. – AGENS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker