Lelaki maut terjatuh dari pelampung terbang

Satoshi dan anaknya terjatuh selepas pelampung itu senget ke kanan. – The Bali Times

Seorang lelaki warga Jepun meninggal dunia selepas terjatuh daripada sebuah pelampung ketika bercuti bersama keluarganya di Pantai Tanjung Benoa, Bali, lapor portal Coconut.co.

Kikuchi Satoshi, 60, terjatuh ketika melakukan aktiviti sukan air itu pada Jumaat lalu.

Jurucakap Polis Bali, Jansen Avitus Panjaitan berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) di hadapan pantai Hotel Grand Mirage.

Satoshi ketika kejadian, sedang bermain di kawasan pantai bersama isteri dan tiga anaknya.

Sesi pertama berjalan lancar dengan seorang pemandu bot bernama Zaini dan seorang tenaga pengajar bernama Wahyu memastikan keselamatan mereka.

Bagaimanapun ketika sesi kedua, kejadian tidak dijangka berlaku ketika Satoshi dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun, Kikuchi Haruki menaiki pelampung tersebut.

Ketika terbang sejauh 40 meter dari pantai, pelampung itu tiba-tiba bergoyang dan senget ke kanan. Wahyu terjatuh, diikuti oleh Satoshi dan Haruki selepas mereka hilang cengkaman.

Satoshi dikejarkan Hospital Surya Husada untuk mendapatkan rawatan namun gagal diselamatkan. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker