Diskaun saman trafik 50 peratus di Selangor

Diskaun saman trafik 50 peratus di Selangor

Polis Selangor tawar diskaun saman trafik sebanyak 50 peratus sempena PDRM Selangor Merdeka Ride and Carnival 2023, di tapak karnival Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Polis Selangor dalam satu hantaran di Facebook berkata, diskaun itu diberikan bagi semua jenis saman kecuali kesalahan membabitkan kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), saman Op Selamat, dan bicara mahkamah.

“Diskaun turut tidak diberikan kepada saman trafik berkaitan lori atau kenderaan berat, memotong secara berbahaya, potong Q (barisan), guna lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan ubah suai ekzos.



“Karnival PDRM Selangor Merdeka Ride & Carnival 2023 akan diadakan 27 Ogos bermula jam 7 pagi hingga 7 petang.

“Masyarakat Selangor khususnya & rakyat Malaysia keseluruhannya dijemput hadir ke acara yg bersejarah dan penuh kemeriahan ini,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, antara acara akan diadakan termasuk Kayuhan Merdeka bersama pelumba basikal profesional negara, Anuar Manan dan pelbagai aktiviti menarik termasuk peluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik.

“Bagi yang berminat menyertai acara kayuhan boleh mendaftarkan diri di pautan https://www.heyjom.com/events/391 sebelum 23 Ogos.”



Tambahnya, antara hadiah ditawarkan termasuk sebuah motosikal, televisyen pintar, skuter dan pelbagai hadiah misteri untuk dimenangi pengunjung bertuah.

“Selain itu turut diadakan aktiviti seperti petting zoo, fun fair, pameran kereta dan motosikal klasik, dan silap mata.

“Turut memeriahkan karnival artis jemputan antaranya Datuk Awie, Hazama, Saiful Apek, Yassin Senario, Baggio Damasutra, Pablo Amirul, kumpulan Arteh dan banyak lagi,” katanya. BH

Diskaun saman trafik 50 peratus di Selangor



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang



Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin



Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker