Akmal nafi desak Zahid letak jawatan

Akmal nafi desak Zahid letak jawatan

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan dalam parti tersebut.

Muhamad Akmal menegaskan, beliau sama sekali tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut selepas selesai Post Mortem Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan di ibu negara, Khamis lalu.



“Sejak beberapa hari lalu terdapat laporan di media sosial kononnya saya mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid letak jawatan.

“Suka saya menegaskan, itu palsu dan saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung program yang kami anjurkan itu,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, Pemuda UMNO akan melancarkan tinjauan umum bagi membolehkan orang ramai memberi pandangan terhadap usaha memantapkan lagi perjuangan UMNO, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau berkata, tinjauan terbabit terbuka kepada orang ramai melontarkan pandangan untuk memperbaiki kelemahan, terutama selepas PRN di enam negeri, baru-baru ini.



“Tinjauan selama seminggu sebelum kita membuat rumusan, seterusnya membentangkannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi mesyuarat Biro Politik UMNO tidak lama lagi.

“Rumusan yang kita peroleh dalam Post Mortem PRN minggu lalu juga akan dirangkum dengan tinjauan terbabit,” katanya. Utv

Akmal nafi desak Zahid letak jawatan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker