‘Revenge Porn’, wanita dapat ganti rugi RM5.57 bilion

‘Revenge Porn’, wanita dapat ganti rugi RM5.57 bilion

Houston: Seorang wanita di Texas, Amerika Syarikat, mendapat ganti rugi AS$1.2 bilion (kira-kira RM5.57 bilion) minggu lalu selepas menyaman bekas kekasih yang menghantar imej intim diri mangsa kepada keluarga, rakan dan rakan sekerja lelaki itu menerusi akaun dalam talian yang palsu.

The Straits Times melaporkan wanita hanya dikenal pasti dengan huruf awal DL dalam dokumen mahkamah itu menyaman Marques Jamal Jackson, mendakwa dia didera secara psikologi dan seksual apabila bekas teman lelakinya itu mengedarkan apa yang dipanggil balas dendam kelucahan (revenge porn). Ia istilah untuk gambar atau video eksplisit seksual seseorang yang dikongsi tanpa kebenaran.

Pasangan itu menjadi pasangan kekasih pada 2016 dan tinggal bersama di Chicago, namun pada 2020, mereka memutuskan untuk berpisah, menurut tuntutan mahkamah oleh DL.

DL berpindah ke rumah ibunya di Texas buat sementara waktu, Jackson mula mengakses sistem keselamatan di sana untuk mengintipnya, kata tuntutan berkenaan.

Pada Oktober 2021, pasangan itu secara rasmi menamatkan hubungan mereka, dan DL memberitahu Jackson bahawa dia tidak lagi mahu lelaki itu mempunyai akses kepada apa yang disifatkan oleh tuntutan mahkamah sebagai “bahan intim visual” dirinya yang dia benarkan miliki semasa mereka berpasangan.

Sebaliknya, lelaki itu menyiarkan imej berkenaan di beberapa platform media sosial dan laman web, termasuk laman web lucah dan dalam folder yang boleh diakses secara umum pada perkhidmatan perkongsian fail dalam talian Dropbox, kata tuntutan mahkamah itu.

Lelaki itu memperkenalkan DL dalam siaran imej itu termasuk menggunakan nama, alamat dan imej wajah wanita berkenaan.

Jackson mencipta halaman media sosial dan akaun e-mel palsu untuk berkongsi bahan lucah itu dengan keluarga, rakan dan rakan sekerjanya, termasuk dengan menghantar pautan ke folder Dropbox itu kepada mereka.

Pada halaman media sosial tempat dia menyiarkan imej, Jackson menandakan pautan akaun untuk majikan DL dan untuk gim peribadi bekas kekasihnya itu.

Jackson tidak dapat dihubungi untuk komen. Tidak jelas sama ada dia mempunyai peguam. HM

‘Revenge Porn’, wanita dapat ganti rugi RM5.57 bilion

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker