Shehbaz penakut, penjarakan Imran Khan kemudian bubarkan parlimen

Shehbaz penakut, penjarakan Imran Khan kemudian bubarkan parlimen

Presiden Pakistan mengarahkan Parlimen dibubarkan lewat semalam, bagi membolehkan pembentukan kerajaan sementara untuk menjalankan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Suasana tegang dijangka susulan bekas Perdana Menteri Pakistan, yang juga ahli politik paling popular negara itu, Imran Khan, hilang kelayakan bertanding kerana kini menjalani hukuman penjara.



Pakistan bergolak sejak bekas bintang kriket antarabangsa itu disingkirkan daripada kuasa pada April tahun lalu, dengan kemuncaknya beliau dipenjarakan hujung minggu lalu atas dakwaan rasuah berikutan tindakan keras selama berbulan-bulan terhadap partinya.

Kenyataan daripada pejabat Presiden, Arif Alvi, memaklumkan beliau membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri, Shehbaz Sharif, yang sebelum ini memberi amaran, ‘Pakistan tidak boleh maju sehingga negara mempunyai perpaduan nasional’.

Perdana Menteri sementara baharu mesti diumumkan dalam tempoh tiga hari selepas Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan dalam tempoh 90 hari.



Namun, kerajaan dijangka mungkin menangguhkan PRU sehingga tahun depan atas alasan negara itu belum cukup tenteram sepenuhnya untuk mengadakan pengundian.

Gabungan tidak dijangka membabitkan beberapa parti politik berlainan haluan berjaya menyingkirkan Khan ketika populariti beliau merudum semasa menerajui negara dengan penduduk kelima paling ramai di dunia itu.

Ekonomi Pakistan masih lembap walaupun mendapat bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kerana kadar hutang asing melumpuhkan negara itu, inflasi melambung tinggi dan pengangguran meluas susulan pengusaha kilang kekurangan mata wang asing untuk membeli bahan mentah.

Wujud spekulasi sejak berbulan lalu mengenai kemungkinan PRU ditangguh kerana pemerintah masih bergelut bagi menstabilkan negara yang dibebani krisis keselamatan, ekonomi dan politik.



Data bancian terbaru Mei hanya diterbitkan pada hujung minggu lalu dan kerajaan berkata suruhanjaya pilihan raya memerlukan masa untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya, sekali gus mengundang kritikan beberapa parti politik.

Pengarah Institut Asia Selatan di Wilson Center, Michael Kugelman, memberitahu AFP, sebarang kelewatan boleh memberi masa kepada rakan gabungan utama, Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) dan Parti Rakyat Pakistan (PPP) untuk memikirkan bagaimana menangani cabaran parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan pimpinan Khan.

“Hakikatnya, cabaran terbesar bagi kerajaan sementara adalah untuk bersikap berkecuali dan menjauhi perbalahan politik antara parti yang bertanding selain tentera,” katanya.

Di sebalik sebarang PRU di Pakistan, terselit pengaruh tentera, yang melakukan sekurang-kurangnya tiga rampasan kuasa sejak negara itu terbentuk, selepas berpisah daripada India pada 1947.



Khan, yang menghadapi tuduhan lebih 200 kes undang-undang sejak beberapa bulan kebelakangan ini, berkata pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik dan direka untuk menghalangnya daripada bertanding dalam PRU.

Penahanan pertamanya dan penahanan singkat pada Mei mencetuskan protes selama beberapa, yang kadang kala ganas, dengan rakyat menyuarakan kemarahan yang tidak pernah disaksikan sebelum ini terhadap tentera.

Bagaimanapun, protes itu berjaya dikawal menerusi tindakan keras pihak berkuasa termasuk pasukan tentera, yang mematahkan sebarang demonstrasi jalanan.

Kerajaan sementara, yang dijangka sebahagian besarnya dianggotai teknokrat, akan menghadapi tugas yang sukar bagi melaksanakan PRU Pakistan kali ini.



Shehbaz penakut, penjarakan Imran Khan kemudian bubarkan parlimen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik



Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker