Ramasamy tunggang DAP demi jawatan – Loke
Ramasamy tunggang DAP demi jawatan – Loke
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook kecewa dengan keputusan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy meninggalkan parti itu.
Katanya, Ramasamy hanya keluar DAP selepas digugurkan sebagai calon PRN menunjukkan beliau “tidak ikhlas” selama ini, walaupun diberikan peluang berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang sejak 2008.
“Adakah selama ini dia tunggang parti demi jawatan?” katanya selepas sebuah program PH-BN di Kampung Chennah di sini.
“Apabila dia bukan calon DAP (dalam PRN), dia tinggalkan parti. Ini menunjukkan dia tidak ikhlas semasa berada dalam DAP.”
Ahli Parlimen Seremban itu berkata, tindakan Ramasamy keluar DAP membuktikan parti itu membuat keputusan betul tidak mencalonkannya dalam PRN Pulau Pinang.
Beliau juga yakin keputusan Ramasamy tidak akan menjejaskan peluang DAP dalam PRN Sabtu ini.
Adun Perai selama tiga penggal itu antara tujuh bekas wakil rakyat Pulau Pinang yang digugurkan sebagai calon PRN.
DAP memilih S Sundarajoo, bekas ketua pegawai operasi pemaju hartanah Eco World Sdn Bhd, sebagai calon di kerusi Perai.
Terdahulu, Ramasamy dalam sidang media hari ini mendakwa DAP Pulau Pinang melakukan pembersihan politik untuk mengetepikan individu dianggap menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Katanya, beliau kecewa dengan sikap “bekas pelajarnya” Loke, yang dikatakan meminta Naib Presiden DAP Nga Kor Ming memaklumkan beliau tidak akan dicalonkan.
Ramasamy turut mendakwa masyarakat Inida kecewa dengan DAP menggugurkannya dan ada lagi ahli akan meninggalkan parti itu untuk menyokong tindakannya.
Anwar akan jumpa Ramasamy
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menghubungi Ramasamy mengenai keputusannya keluar DAP.
“Ramasamy sahabat saya. Saya tentunya akan dapatkan pandangan daripada dia.
“Dia ada beberapa masalah khusus dengan parti. Jadi, saya harap dia mungkin (boleh) main peranan positif untuk bantu membantu kerajaan,” katanya dalam Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-36 di Kuala Lumpur. FMT
Ramasamy tunggang DAP demi jawatan – Loke
Baca Artikel Menarik:
- Ramasamy salahkan ‘Maharaja’ punca krisis DAP Pulau Pinang
- Geng kartel jadikan Bersatu macam tandas awam – Faiz
- Tiada isu air, boleh gali telaga sendiri – Mohd Amar
- ND Lala Sudah 8 Tahun Kahwin Dengan Siti Munirah – Fauziah
- Kavita Sidhu tak perlu seksi, cantik menawan di usia 51 tahun
- Ibu meraung lihat anak ditendang, dipukul pengasuh (Video)
- SPRM ‘sound’ menantu Muhyiddin, balik saja tak perlu drama
- Ibu mentua sihir menantu, kemaluan rasa terbakar (Video)
- Penyokong Annuar dari cawangan tak pernah wujud isytihar keluar UMNO
- Tetap basah dengan Syahir
- Rafizi sekolahkan Syahir Sulaiman
- Jenazah Sinead O’Connor dikebumi berlandaskan syariat Islam
- Pelajar UiTM maut motosikal rempuh MPV
- Mati dalam keadaan bogel di dalam kereta (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal
You must be logged in to post a comment.