Ketua Polis KL bakal dilantik Pengarah JSJ Bukit aman

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bakal dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Mohd Shuhaily sebelum ini menjawat jawatan Ketua Polis Pulau Pinang, dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur bermula 15 Mei lalu.

Pertukaran Mohd Shuhaily sebelum 30 Ogos ini, selepas beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur kurang daripada empat bulan.



Jawatan Pengarah JSJ kosong selepas Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, yang memegang jawatan itu dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara bermula 23 Jun lalu.

Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur bakal diambil alih oleh Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa kekal jawatan sekarang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan pertukaran jawatan tersebut.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker