Peruntukan Jais bawah Amir lebih tinggi dari era Azmin

Peruntukan Jais bawah Amir lebih tinggi dari era Azmin

Peruntukan kerajaan Selangor kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendapat perhatian, dengan beberapa pempengaruh TikTok mendakwa pentadbiran Amiruddin Saari memberi peruntukan lebih rendah berbanding ketika era Mohamed Azmin Ali menjadi menteri besar.

Dalam berbagai video, beberapa pencipta kandungan untuk PN di TikTok memetik peruntukan kepada Jais dalam belanjawan 2017 dan 2022 Selangor untuk menunjukkan bahawa di bawah pentadbiran Amiruddin Jais menerima dana yang kurang.



Pada 2017 di bawah Azmin, yang kini dalam gabungan saingan Perikatan Nasional (PN), RM418.22 juta diperuntukkan kepada Jais manakala pada 2022, kerajaan Amiruddin memperuntukkan RM359.50 juta.

Semakan Malaysiakini menggunakan sumber rasmi mengesahkan ini adalah benar, bagaimanapun pempengaruh PN itu tidak betul dengan mengatakan kerajaan Amiruddin mengurangkan peruntukan kepada Jais.

Ini kerana Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan Jais sebanyak RM582.63 juta, iaitu 39 peratus lebih daripada bajet ketika era Azmin pada 2017 dahulu.

Sumber yang dirujuk ialah jawapan bertulis kepada DUN, Laporan Ketua Audit Negeri Selangor dan laporan berita ucapan belanjawan Selangor 2023 oleh Amirudin.



Flourish logoA Flourish chart
Terdahulu, Amirudin turut mengulas kenyataan seorang pempengaruh TikTok yang mengecam kerajaan Selangor kerana tidak membelanjakan dana yang diperuntukkan kepada Jais, memetik Laporan Ketua Audit Negara 2021 untuk Selangor.

“Ingin saya terangkan bahawa pada 2021 kita mengalami pandemik di mana masjid dan surau tidak beroperasi, sekolah-sekolah agama tidak beroperasi.

“Ini menyebabkan perbelanjaan tidak berlaku. Namun begitu ia tidak ada kaitan dengan peruntukan.

“Ini yang saya ingin jelaskan agar kita tidak termakan fitnah Perikatan Nasional yang ingin mencipta persepsi negatif pembangunan agama Islam di Selangor.



“Walhal di Selangor kita sentiasa komited dengan agenda menyuburkan syiar Islam,” kata menteri besar Selangor itu pada ciapan di Twitter minggu lalu.

Berkongsi bahagian data secara terpilih, pada satu-satu masa, untuk menyokong naratif parti politik telah menjadi ciri berkempen pada pilihan raya negeri kali ini.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bahawa penyokong PN dan PH berkelahi saling menuduh fitnah berhubung data eksport Kedah, sedangkan kedua-dua pihak berkongsi data yang sah dari titik masa yang berbeza.

Sementara itu, Amiruddin pada 28 Julai turut menafikan dakwaan bekas menteri kerja raya Mohd Zin Mohamad, bahawa jumlah masjid di Selangor pada 2020 lebih sedikit berbanding 200 pada 2008 dan kekurangan peruntukan.



Mohd Zin, bekas pemimpin Umno Selangor yang kini berkempen untuk PN, menyebut pelbagai data tetapi tidak menyatakan sumbernya.

Bagaimanapun, akhbar rasmi kerajaan negeri SelangorKini memetik Jais berkata terdapat 436 masjid berdaftar di Selangor sehingga Okt 2022, meningkat daripada 384 pada 2010.

Semakan Malaysiakini di laman web Jais mendapati 425 masjid disenaraikan dalam direktorinya.

Mohd Zin turut mendakwa berlaku penurunan elaun kakitangan masjid pada 2020.



Bagaimanapun, dia tidak menyebut ini kerana sebahagian daripada elaun itu disokong oleh zakat, dan terdapat pengurangan zakat yang dibayar ketika pandemik.

Ini mendorong kerajaan Selangor mengambil langkah untuk menampung penurunan elaun itu, memastikan elaun bawa pulang kakitangan masjid kekal pada RM1,430, lapor Berita Harian ketika itu. Mk

Peruntukan Jais bawah Amir lebih tinggi dari era Azmin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker