Urus jenazah begini bukan si mati sahaja terseksa yang hidup pun menderita

Urus jenazah begini bukan si mati sahaja terseksa yang hidup pun menderita

Kematian bukan bererti segala-galanya telah berakhir, bahkan ia merupakan babak baru untuk menempuh babak-babak yang mendatang. Oleh itu menjadi tanggungjawab kepada waris si mati mengurus dan menyelenggara jenazah sebaik-baiknya sebelum menuju ke alam seterusnya.

Kebanyakkan pengurusan jenazah dalam masyarakat Melayu banyak yang tidak mengikut mazhab syafie, itu pengakuan Mohammad Halmi Jaafar, Pengarah & Motivator G-Hard Motivation and Training.



Antara amalan yang seringkali disalah faham oleh masyarakat ialah pembelian kain kafan yang menggunakan wang dari waris si mati.

Selain itu, dalam urusan memandikan jenazah, apa yang dituntut hanya niat dan meratakan seluruh badan sahaja, memadai hingga jenazah dalam keadaan bersih dengan menggunakan air cendana atau bidara sepertimana yang dilakukan di zaman Baginda s.a.w.

Memandikan dan menguruskan jenazah hukumnya adalah fardu kifayah. Bermakna tanggungjawab memandikan jenazah terletak di bahu masyarakat sesuatu tempat. Dan kewajipan itu dikira selesai apabila sebahagian daripada masyarakat menunaikannya.

Kewajipan memandikan jenazah adalah arahan dari Baginda s.a.w. ketika berlakunya tragedi seorang lelaki yang mati akibat terjatuh dari unta, maka diseru para sahabat untuk memandikan jenazahnya sepertimana hadi Riwayat dari Ibnu Abbas r.a.



“Mandikanlah dia dengan air yang dicampur daun bidara dan kafanilah dengan dua helai kain” (HR Bukhari)

Namun hari ini cukup berbeza dengan mengaplikasikan adat Hindu dalam urusan jenazah. Mereka menetapkan jumlah tertentu dengan air tertentu dalam proses memandikan jenazah seperti perlu sembilan baldi air kapur barus, sembilan baldi air cendana, air mawar dan lain-lain jenis air lagi.

Bukan hanya sekadar itu, malah ada macam-macam lagi kepercayaan karut dan perbuatan khurafat yang masih diamalkan oleh mereka yang hidup antaranya wanita yang sedang dalam keadaan uzur (haid) tidak boleh memandikan jenazah waima ibunya sendiri kerana takut darah kotornya akan keluar terlalu banyak.

Di kalangan waris si mati pula ada menyediakan satu bekas yang di dalamnya terdapat beras. Tujuan bekas itu untuk tetamu yang ingin beri sumbangan di mana beras yang terdapat dalam bekas tersebut pula dipercayai akan menyerap kuasa jahat pada duit yang disumbangkan.



Terdapat juga adat di mana waris si mati akan membaling dan memecahkan pinggan mangkuk dengan tujuan tidak ada roh atau semangat jahat yang mengikut si mati. Adat dan kepercayaan ini masih kekal di sesetengah tempat.

Bahkan amalan yang terbaru apabila waris si mati memasangkan bacaan ayat-ayat al-Quran dan zikir di kawasan perkuburan dengan maksud si mati diringankan azab dan peroleh pahala sedangkan dalam Islam yang dituntut agar waris sendiri yang wajib membacanya. Bukan itu sahaja, ada juga yang menjirus air dikuburan dengan asbab agar si mati yang di dalam tanah berasa sejuk dan tidak kepanasan.

Sememangnya banyak lagi amalan karut, khurafat dan bidaah yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang telah menjadi adat turun temurun sewaktu menguruskan jenazah, di kuburan dan juga selepas jenazah dikebumikan.

Walaupun ada sebahagiannya sudah ditinggalkan kerana kesedaran masyarakat dan bertambah luasnya kefahaman ilmu Islam namun masih tetap ada yang mengekalkannya dek kerana kejahilan mereka atau merasakan perbuatan tersebut tidaklah salah di sisi agama.



Justeru itu apa yang boleh disebutkan di sini, carilah dan pelajarilah ilmu agama dengan mereka yang faqih tentang Islam dan perbanyakkan bertanya dengan mereka yang arif dengan ilmu Islam supaya adat-adat atau amalan yang bertentangan dengan syariat Islam dapat dihapuskan dan kita menjadi insan yang bertakwa serta diberkati Allah S.W.T. bukan insan yang mendapat laknat Allah. Wallahu a’lam

Urus jenazah begini bukan si mati sahaja terseksa yang hidup pun menderita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland



Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker