Pertemuan hartawan Indonesia tiada kaitan REE – Anwar
Anwar Ibrahim berkata pertemuan diadakan sebelum pembubaran Parlimen tahun lalu hanya kunjungan hormat terhadap Sultan Kedah yang disusun pihak istana.
Pertemuan hartawan Indonesia tiada kaitan REE – Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau membawa hartawan Indonesia, Riza Chalid ke Kedah untuk menghadap Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Bagaimanapun, Anwar berkata pertemuan diadakan sebelum pembubaran Parlimen tahun lalu hanya kunjungan hormat terhadap Sultan Kedah yang disusun pihak istana, dan tidak menyentuh langsung mengenai sumber unsur nadir bumi (REE), seperti didakwa Menteri Besar Kedah Sanusi Nor.
“Menghadap Tuanku itu jadual bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Jadi saya tidak mahu kaitkan. Itu pertemuan Sultan Kedah.
“Pertemuan saya dengan sahabat saya dengan Sultan Kedah, di istana. Dia tak ada kaitan dengan perniagaan dalam bidang itu, tidak,” katanya selepas merasmikan sidang kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia.
Anwar menjawab dakwaan Sanusi, yang beliau dan Reza pernah ke Kedah untuk memohon tanah perlombongan REE sebelum PRU15.
Menteri kewangan itu berkata, tiada sebarang permohonan dibuat ahli perniagaan Indonesia untuk mengusahakan aktiviti REE di Kedah.
“Isu dia ini, kalau dia memohon (projek REE), itu bukan kepada Sultan Kedah,” katanya yang juga pengerusi Pakatan Harapan.
Anwar membidas Sanusi, disifatkan sengaja mengalihkan isu berkenaan yang sehingga kini gagal menjawab kecurian sumber REE di negeri itu.
Semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, mempersoalkan tindakan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah membayar kompaun berhubung isu kecurian REE, jika benar Sanusi dan MBI Kedah tidak terbabit dalam isu itu.
Nik Nazmi berkata, apabila kes pertama perlombongan haram dikesan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, satu kertas siasatan dibuka mengikut Enakmen Perhutanan Negara dan kertas siasatan lengkap dirujuk kepada pengarah pendakwaan Kedah.
Katanya, MBI Kedah juga dikenakan kompaun RM130,000 selain Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri membuka kertas siasatan mengikut Enakmen Mineral Negeri serta mengenakan kompaun sebanyak RM500,000. FMT
Pertemuan hartawan Indonesia tiada kaitan REE – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Pas paling banyak cerai politik, khianat rakan
- Sila jawab Sanusi – Nik Nazmi
- Bulu kaki Masya Masyitah pulak jadi hal
- Peja pilih calon tak boleh menang – Hafiz
- Ahli PAS perlu dengar mesej adik arwah Tok Guru
- Pas suka jika Muhyiddin ‘bunuh’ UMNO
- Hempas bayi, campak budak 3 tahun dari tingkat 1 setelah dengar bisikan
- Zawawi ‘sekolahkan’ Annuar Musa
- Saifuddin cabar Sanusi bawa bukti PM, taikun ke Kedah minta REE
- Inspektor Sheila kagum, puji Iqbal ‘sweet’
- Remaja ketagih main ‘game’ tendang ibu selepas telefon dirampas
- Pelajar tikam pembuli dalam kelas
- Pas yang khianati UMNO tinggalkan MN
- Presiden Gerakan tidak diterima dan dimalukan di ceramah mega PN di Tasik Gelugor [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen