Zahid tak pernah arah guna duit Yayasan Akalbudi bayar kad kredit – Saksi
Zahid tak pernah arah guna duit Yayasan Akalbudi bayar kad kredit – Saksi
Bekas setiausaha eksekutif kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah mengarahkannya untuk membayar bil kad kredit menggunakan wang Yayasan Akalbudi.
Datuk Rosiah Osman melalui keterangannya berkata, sepanjang berkhidmat antara 1994 hingga 2011, Ahmad Zahid juga tidak pernah membenarkan beliau menggunakan duit yayasan yang diasaskannya itu untuk membayar insurans serta cukai jalan kenderaan milik Presiden UMNO berkenaan.
Sebaliknya, Rosiah berkata beliau akan menggunakan cek daripada akaun peribadi Maybank Ahmad Zahid untuk menjelaskan semua pembayaran itu serta bil kad kredit isteri pemimpin UMNO itu, manakala cek daripada akaun yayasan di Affin Bank hanya digunakan untuk membayar sumbangan bagi aktiviti kebajikan.
Beliau yang juga saksi ketujuh pembelaan berkata demikian ketika menjawab soalan peguam bela, Datuk Ahmad Zaidi Zainal pada sesi pemeriksaan utama.
Kelmarin, Rosiah dalam keterangannya berkata, Ahmad Zahid mendahulukan pembelian barang kelengkapan untuk disumbangkan kepada masjid bagi aktiviti kebajikan Yayasan Akalbudi dengan menggunakan kad kredit peribadinya.
Katanya, wang Yayasan Akalbudi kemudian dikeluarkan untuk digunakan bagi membayar balik kad kredit bagi pembelian terbabit.
Rosiah memberikan keterangan sebagai saksi Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana yayasn berkenaan untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, memindahkan wang ke firma guaman dan membuat sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016. Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Ahmad Zahid ketika membela diri pada 22 Mei tahun lalu, memberitahu Mahkamah Tinggi, baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi.
Katanya, akibat kecuaian bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, wanita itu membayar kad kredit peribadinya menggunakan cek yayasan itu.
Sementara itu, Rosiah berkata Ahmad Zahid menggunakan wang miliknya sendiri hasil daripada penjualan saham untuk dimasukkan dalam Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Menurut saksi itu, Ahmad Zahid menjual pegangan sahamnya dalam syarikat Kretam Holdings Berhad (Kretam) yang terbabit dalam aktiviti perladangan kelapa sawit di Sabah dan dan anak syarikatnya, Tekala Corporation Berhad.
Rosiah berkata, beliau boleh mengesahkan perkara itu kerana pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif di Kretam.
Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar pada sesi soal balas pula, Rosiah berkata beliau mengenali Mejar Mazlina hanya ketika mereka berkhidmat di Kementerian Pertahanan.
Katanya, beliau tidak pernah menyimpan perasaan cemburu atau dendam dengan saksi pendakwaan ke-90 itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin depan. BH
Zahid tak pernah arah guna duit Yayasan Akalbudi bayar kad kredit – Saksi
Baca Artikel Menarik:
- Pas paling banyak cerai politik, khianat rakan
- Sila jawab Sanusi – Nik Nazmi
- Bulu kaki Masya Masyitah pulak jadi hal
- Peja pilih calon tak boleh menang – Hafiz
- Ahli PAS perlu dengar mesej adik arwah Tok Guru
- Pas suka jika Muhyiddin ‘bunuh’ UMNO
- Hempas bayi, campak budak 3 tahun dari tingkat 1 setelah dengar bisikan
- Zawawi ‘sekolahkan’ Annuar Musa
- Saifuddin cabar Sanusi bawa bukti PM, taikun ke Kedah minta REE
- Inspektor Sheila kagum, puji Iqbal ‘sweet’
- Remaja ketagih main ‘game’ tendang ibu selepas telefon dirampas
- Pelajar tikam pembuli dalam kelas
- Pas yang khianati UMNO tinggalkan MN
- Presiden Gerakan tidak diterima dan dimalukan di ceramah mega PN di Tasik Gelugor [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen
You must be logged in to post a comment.