Sanusi pernah lawat Bukit Enggang, tetapi tiada tindakan serius

Sanusi pernah lawat Bukit Enggang, tetapi tiada tindakan serius

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pernah mengadakan lawatan ke kawasan perlombongan haram unsur nadir bumi (REE) Bukit Enggang di Sik pada 19 Februari lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, apa yang menghairankan tiada tindakan serius berhubung kegiatan itu diambil setelah mengadakan lawatan tersebut.



“Dia tengok sendiri bagaimana kemusnahan kawasan ini, bagaimana cari gali yang secara intensif dilakukan melibatkan kawasan yang luas. Namun sejak tarikh itu tiada tindakan yang benar-benar serius diambil oleh beliau usai lawatan ke lokasi kejadian.

“Bukan sekadar diam dan tak buat apa-apa. Beliau berterusan nafi ada maklumat kejadian ini. Saksikan dalam banyak-banyak ucapan beliau dengan selamba menafikan dan berulang kali sebut tiada pengetahuan yang sebenarnya menimbulkan kebimbangan serius tentang isu ketelusan,” katanya.

Saifuddin turut menunjukkan gambar lawatan Menteri Besar dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama (BGU) Dewan Undangan Negeri (DUN), Jitra di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut mempertikai keterlibatan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah yang disifatkan perlu memainkan peranan melakukan siasatan dalam kes perlombongan REE itu.



“Saya teliti pelbagai peruntukan dalam enakmen berkaitan, menghairankan kerana walaupun isu ini sangat serius, tiada kertas siasatan dibuka untuk menangani perlombongan haram dan kecurian berterusan. Sekurang-kurangnya ada tujuh fasal yang sepatutnya dikawal selia oleh PTG,” jelasnya.

Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan pendedahan berhubung kaitan Muhammad Sanusi dengan individu warga China, So Loi Fat adalah berdasarkan bukti-bukti surat dan gambar yang dimilikinya, maka beliau tidak gentar dengan kenyataan Menteri Besar untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Orang putih kata see is believing. Kaitannya ini surat Sanusi kepada Menteri (Dalam Negeri), minta pas lawatan ikhtisas. Tak ada kaitan di mana? Nak saman, samanlah tetapi surat ini daripada Pengerusi Prospek Suria.

Mengulas kenyataan Muhammad Sanusi bahawa beliau memiliki peluru terakhir untuk menteri itu, kata Saifuddin, pihaknya juga tidak akan berhenti mendedahkan kepincangan berkaitan REE yang menjadi aset rakyat Kedah.



“Kalau setakat peluru besar itu, suruh sembanglah. Saya pun ada peluru juga. Peluru saya pun besar juga. Dia kata dia ada, saya pun ada. Jangan fikir habis dekat sini, belum habis lagi. Dia tahu apa yang saya ada. Berbeza pendedahan saya tunjuk rekod syarikat, gambar dan semua bukti berbanding yang dia cuma sebut,” katanya. Utusan

Sanusi pernah lawat Bukit Enggang, tetapi tiada tindakan serius

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland



Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker