PRK Jeram dan Pulai, BN beri laluan pada Amanah atas semangat Kerajaan Madani
Barisan Nasional (BN) akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor pada 9 Sept depan.
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat atas semangat perkongsian politik dalam Kerajaan Perpaduan.
“Kita amat menghormati kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan dan kita tahu bahawa kerusi Parlimen Pulai adalah hak parti Amanah iaitu rakan politik dalam kerajaan dan mereka adalah penyandang.
“Kerusi DUN Simpang Jeram juga kepunyaan parti Amanah.
“Maka atas semangat Kerajaan Madani, kita akan dukung kedua-dua kerusi itu ditandingi rakan-rakan parti Amanah,” katanya kepada media selepas melancarkan program TVET JELITA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 Sept.
Tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan pula ialah masing-masing pada 26 Ogos dan 5 Sept.
PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pas paling banyak cerai politik, khianat rakan
- Sila jawab Sanusi – Nik Nazmi
- Bulu kaki Masya Masyitah pulak jadi hal
- Peja pilih calon tak boleh menang – Hafiz
- Ahli PAS perlu dengar mesej adik arwah Tok Guru
- Pas suka jika Muhyiddin ‘bunuh’ UMNO
- Hempas bayi, campak budak 3 tahun dari tingkat 1 setelah dengar bisikan
- Zawawi ‘sekolahkan’ Annuar Musa
- Saifuddin cabar Sanusi bawa bukti PM, taikun ke Kedah minta REE
- Inspektor Sheila kagum, puji Iqbal ‘sweet’
- Remaja ketagih main ‘game’ tendang ibu selepas telefon dirampas
- Pelajar tikam pembuli dalam kelas
- Pas yang khianati UMNO tinggalkan MN
- Presiden Gerakan tidak diterima dan dimalukan di ceramah mega PN di Tasik Gelugor [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen
You must be logged in to post a comment.