Pas tangguh kempen malam ini, hormat kemangkatan Bonda Sultan Mizan

Pas menangguhkan semua kempen dan himpunan pada malam Khamis bagi menghormati kemangkatan bonda Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah.

Jabatan Penerangan Pas Terengganu menerusi kenyataan pada Khamis berkata, kesemua program kempen boleh diteruskan pada Jumaat.

“Bagi menzahirkan rasa sedih dan takziah dengan kemangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong AlSagoff Abdillah yang merupakan Bonda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.



“Dengan ini pihak bilik operasi Pilihanraya Pas Terengganu memutuskan agar semua program kempen dan himpunan pada malam ini (Khamis) ditangguhkan,” katanya.

Bonda Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah dilaporkan mangkat di Kuala Lumpur pada jam 3.17 pagi Khamis.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, jenazah Allahyarham dibawa dari Kuala Lumpur ke Terengganu dengan menggunakan pesawat khas pada tengah hari Khamis.

Menurut Mohd Sophian, Tuanku Mizan Zainal Abidin juga memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula Khamis.



Sementara itu, Pas dalam kenyataan sama turut meminta orang ramai supaya mendoakan roh Allahyarhamah Bonda Sultan Mizan.

“Marilah kita mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland



Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker