Kereta Singapura ‘abai’ polis trafik sudah disenarai hitam

Johor Bahru: Kereta bernombor pendaftaran Singapura yang tular di media sosial selepas enggan berhenti apabila diarah polis trafik, sudah disenarai hitam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tindakan diambil selepas siasatan terhadap kejadian yang dilaporkan 23 September tahun lalu.

Beliau juga mengesahkan video insiden ditularkan kembali, dan berlaku di laluan masuk ke Singapura dari Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

“Kereta jenis Honda Civic itu memotong barisan di laluan lori untuk masuk ke Singapura dan hingga kini polis masih mengesan pemilik kenderaan.

“Bagaimanapun, kereta itu telah disenarai hitam untuk tindakan selanjutnya. Orang ramai diminta berhati-hati dalam membuat komen yang boleh menimbulkan spekulasi, andaian negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam video tular itu, anggota polis trafik dilihat berusaha memberhentikan kereta berkenaan selepas melakukan kesalahan memotong barisan, namun pemandu enggan, termasuk tidak menurunkan tingkap apabila diarahkan.

Pemandu itu sebaliknya meneruskan perjalanannya dalam keadaan trafik sesak.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker