Wanita curi kotak pensil RM18 untuk hadiah anak dapat nombor 1

Wanita curi kotak pensil RM18 untuk hadiah anak dapat nombor 1

Mencuri memang satu jenayah. Tetapi bagi seorang ibu di Sentul, Kuala Lumpur, dia ‘terpaksa’ melakukannya.

Semuanya demi janji menghadiahkan kotak pensel jika mendapat keputusan cemerlang di sekolah.



Bagaimanapun, nasib baik tidak menyebelahinya apabila dia tertangkap dalam kejadian di sebuah pasar raya.

Lebih menyedihkan, barang dicurinya itu cuma berharga RM18.

Kisah itu diceritakan kepada seorang peguam jenayah Ahmad Zaharil Muhaiyar kira-kira 25 tahun selepas mereka secara tidak sengaja terjumpa di mahkamah.

“Saya tak akan lupakan satu kes di mana pada tahun 1988, kira-kira pada pukul 11 pagi, bulan tak ingatlah. Saya duduklah di mahkamah, saya seorang sajalah di mahkamah itu.



“Kemudiannya, satu perempuan India telah pun dibawa dengan gari. Jadi saya bangun, saya tanya, puan, Apa masalah kamu? Kemudian dia cakap saya curi.

“Alamak, pasal apa curi? Dia kata saya janji sama anak bila dia dapat nombor satu saya bagi kotak pensel yang lengkap.

“Berapa ringgit itu kotak pensel? Dan kotak pensel itu berharga lebih kurang RM18,” katanya.

Mungkin ragu-ragu dengan jawapan itu Ahmad Zaharil bergegas ke sekolah dan bertanya sendiri guru besarnya.



“Jadi bila saya jumpa dengan guru besar tersebut, saya tanya tentang budak ini.“Itu dia keluarkan kad laporan. Kad laporan itu menunjukkan budak itu memang nombor satu.

“Alamak saya pun sedihlah,” katanya.

Peguam jenayah itu kemudian kembali ke mahkamah dan menawarkan diri mewakili wanita itu secara percuma.

Malah, guru besar itu turut dibawa bersama sebagai saksi.



“Jadi lepas itu, saya pun berhujah dan sebagainya. Kemudiannya, saya tunjukkan kad laporan nombor satu,” katanya.

Majistret bertugas, kata Ahmad Zaharil, kemudian hanya memberikan hukuman ringan berkelakuan baik selama beberapa tahun.

Selesai semua, bukan saja berkhidmat secara percuma, Ahmad Zaharil malah memberikan wang kepada wanita untuk membantu kewangan wanita itu.

“Saya bagilah duit sekitar RM100, RM50. Saya bagi. Lepas itu ada seorang dua lagi bagi. “Saya dapat lebih kurang RM200 (untuk diserahkan pada wanita itu),” katanya.



Ahmad Zaharil menjangkakan semua itu selesai di situ.

Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu, ketika dia duduk di kantin mahkamah, dia perasan ada seseorang memerhatikannya.

Hanya selepas hari ketiga dia datang menemuinya.

“You mungkin tak ingat sir. Tapi saya adalah budak yang hendakkan kotak pensel tersebut,” katanya.



Lebih menyayat hati, budak itu mendedahkan dia juga menjadi seorang peguam sepertinya.

“Berjurai air mata saya. Saya pun tak tahu apa yang patut saya lakukan.“Tapi sebabkan saya menolong dia, budak itu dah menjadi seorang peguam,” katanya.

Ahmad Zaharil kemudian mendedahkan hubungan mereka menjadi lebih akrab selepas itu.

“Dan baru-baru ini pun saya jumpa dengan dia, dia cium tangan saya.

“Dan saya pun pernah berjumpa dengan mak dia. Saya pergi ke rumah dia dan sebagainya,” katanya.

Kisah Ahmad Zaharil itu kini dikongsi meluas di media sosial dan dihujani pelbagai pujian oleh orang ramai. MK

Wanita curi kotak pensil RM18 untuk hadiah anak dapat nombor 1

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker