Jangan kerana berita satu minit, kita hukum orang – Anwar

Jangan kerana berita satu minit, kita hukum orang – Anwar

Generasi muda perlu bijaksana dalam membuat penilaian input atau maklumat yang diterima menerusi platform media sosial dan tidak terus menerima tanpa usul periksa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, disebabkan penggunaan media sosial adalah keperluan yang penting maka golongan anak muda perlu dilatih untuk memanfaatkan kemudahan yang diberi.

“Sebab kadang-kadang banyak penipuan. Umpamanya ada tok guru bagi ucapan. Orang nampak tok guru pakai serban pakai jubah. Dia bercakap satu minit.

“Katanya, ‘siapa yang sokong parti saya, Allah restui. Siapa tak sokong, ini jadi musuh Allah’. Kalau orang yang tak berfikir, dia akan kata tok guru ini yang beritahu. Sebab itu kita kena periksa betul atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas soalan dilontarkan salah seorang pelajar dalam Program Temu Anwar di Kolej Kemahiran Teknologi MARA di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, adalah penting untuk sebarang maklumat diterima disemak terlebih dahulu sebelum mempercayai kata-kata penipuan yang disebarkan.

Misalnya, beliau memetik kenyataan pihak yang mendakwa pentadbiran Kerajaan Madani menganaktirikan negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

“Rupanya saya sudah jawab di Parlimen dalam Belanjawan Negara. Bahawa di bawah pentadbiran Kerajaan Madani ini, peruntukan untuk Kelantan, Ternegganu, Perlis dan Kedah lebih tinggi, paling tinggi dalam sejarah daripada tahun-tahun sebelumnya. Ketika mereka memerintah.

“Ini cerita satu minit, kita hukum orang. Orang bercakap tu menipu, orang yang mendengar ini tertipu. Sebab itu kita kena semak,” tegas Anwar.

Oleh itu, katanya, penggunaan media sosial boleh meningkatkan ilmu atau jika tidak digunakan secara bijaksana, ia boleh merosakkan dan merendahkan akal budi.

Selain itu, dalam program yang berlangsung hampir dua jam itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk tujuan baik pulih fasiliti tandas di semua institusi di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat (MARA) di negeri ini. MG

Jangan kerana berita satu minit, kita hukum orang – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker