Tiada harapan! Operasi SAR pelombong terperangkap ditamatkan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan pelombong yang terperangkap sedalam 60 meter di lombong emas haram di Jawa Tengah, ditamatkan hari ini (Selasa).

Pihak berkuasa mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan semua agensi penyelamat setelah mempercayai ‘tiada tanda-tanda mangsa yang masih hidup’, kata ketua Pejabat SAR Cilacap Adah Sudarsa.

“Memandangkan keadaan geologi dan lubang di tapak lombong itu, usaha SAR sukar dijalankan. Kita tidak boleh menentang alam semula jadi,” katanya dalam satu kenyataan.



Mangsa terperangkap di lombong di Pancurendang di pinggir Ajibarang, Banyumas sejak tujuh hari lalu apabila lubang tersebut tiba-tiba dibanjiri air lembangan bawah tanah

Pasukan penyelamat berusaha mengalirkan sebahagian air menggunakan 37 mesin pam dan menyekat lima laluan air masuk, namun air masih belum surut.

Tapak kejadian tragis itu kini ditandakan dengan plak sebagai memperingati pelombong yang terkorban dan kawasan itu masih ditutup, dengan beberapa kenderaan polis masih berada di situ.

Sabtu lepas, polis Banyumas menahan tiga suspek berhubung kejadian itu dan sedang mengesan seorang lagi.



Suspek yang dikenal pasti sebagai pemilik tanah, pemilik tapak, pelabur dan pengusaha lombong didakwa bertanggungjawab terhadap perlombongan emas secara haram di kawasan itu. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’



Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker