Rumah flat, Perodua Axia dan gaji RM8,320 sebulan, hanya ini yang saya ada – Calon PSM

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sivaranjani Manickam hari ini secara simbolik ‘membuka kotak’ mengandungi cetakan-cetakan kertas memaparkan aset bersih miliknya bernilai RM287,916.28.

Calon DUN Meru berusia 42 tahun itu menjelaskan kepada pihak media bahawa angka itu diperoleh dengan menolak hutang sebanyak RM81,000 daripada jumlah aset sebanyak RM368,916.28.

Sivaranjani mendedahkan dia memiliki sebuah flat di Puchong bernilai RM150,000, Perodua Axia bernilai RM24,500, dan RM7,282.10 dalam akaun banknya.



Dia juga mendedahkan mempunyai pinjaman rumah sebanyak RM70,000 dan pinjaman kereta sebanyak RM11,000, dengan jumlah hutang keseluruhan dengan bank sebanyak RM81,000.

Selain itu, calon PSM itu juga mengatakan dia mempunyai kereta Proton X50 tetapi menjelaskan kenderaan itu adalah kereta keluarga yang dibayar oleh adik-beradiknya yang lain.

Sementara itu, Sivanrajani menerima gaji sebanyak RM8,320 sebulan sebagai pengurus khidmat masyarakat dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM107,134.15.

Ahli jawatankuasa pusat PSM itu berkata, pengisytiharan harta merupakan tradisi penting yang dilakukan parti itu sejak pilihan raya umum 1999.



“Ini adalah proses ketelusan supaya orang ramai tahu, sebelum pilihan raya, berapa banyak aset yang ada pada calon.

“Sebab itu PSM mengamalkan tradisi ini, ke arah amalan politik terbaik,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sumber pembiayaan untuk kempen parti itu, Sivaranjani berkata kesemua sumbangan datang daripada penyokong.

Sivaranjani bakal menghadapi pertandingan tiga penjuru menentang Mariam Abdul Rashid dari PH dan Hasnizam Adham dari PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ditetapkan 12 Ogos ini.



Kerusi DUN Meru pernah menjadi kubu kuat BN sebelum jatuh ke tangan PAS pada 2008.

Kerusi berkenaan kemudian dimenangi PH pada 2018.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)



Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)



Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker