Mazlan, Safwan tak kisah dipecat dari PAS
Mazlan, Safwan tak kisah dipecat dari PAS
Bekas Timbalan Yang Dipertua PAS Langkawi, Mazlan Ahmad dan bekas Bendahari Pemuda PAS Langkawi, Safwan Hanif Shafie tidak peduli dipecat daripada parti susulan tindakan bertanding sebagai calon Bebas.
Malah, pemecatan itu tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan kempen masing-masing bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah dan Ayer Hangat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Mazlan berkata, beliau telah membaca laporan mengenai pemecatan diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi laporan media semalam dan mengambil sikap berlapang dada.
“Saya terima dan berlapang dada serta sudah bersedia (dipecat) dari awal sejak menyerahkan borang pencalonan pada Sabtu lalu, bahkan semua ahli faham mengenai perkara itu.
“Sebagai ahli parti yang sudah lama bergiat aktif memang saya faham perlembagaan parti dan (pemecatan) adalah perkara biasa bagi ahli yang menongkah arus,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Safwan Hanif berkata, tidak timbul soal dipecat sebagai ahli PAS kerana beliau telah meletak jawatan sebagai Bendahari Pemuda PAS Langkawi sebelum mengemukakan borang pencalonan, Sabtu lalu.
“Kenyataan Setiausaha Agung PAS (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) kepada media itu tidak tepat kerana saya telah meletak jawatan (Bendahari Pemuda PAS Langkawi) sebelum serah borang pencalonan bertanding calon Bebas.
“Calon ditampilkan parti politik tidak ikut spesifikasi dikehendaki penduduk kerana orang luar, lalu selaku anak tempatan saya tawarkan diri,” katanya ketika ditemui selepas melakukan jelajah mesra di Jeti Kilim di sini, hari ini.
Usahawan pelancongan itu berkata, sejumlah pengundi yang ditemuinya sepanjang tiga hari berkempen rata-rata menolak calon luar dan tidak mahu tertipu buat kali kedua dengan memilih mereka sebagai wakil rakyat.
“Kalau bagi orang luar menang, mereka cuma jadi ‘wakil pelancong’ dan hanya datang sekali sekala ke pulau ini sebagai tempat singgah bukan wakil rakyat, akhirnya paling rugi adalah penduduk tempatan,” katanya.
Semalam media melaporkan PAS menggugurkan keahlian Mazlan dan Safwan Hanif selepas masing-masing bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kuah dan Ayer Hangat, sekali gus mengingkari keputusan parti.
Menerusi laporan itu, Takiyuddin dipetik sebagai berkata, tindakan itu diambil selepas Pejabat Setiausaha Agung PAS menerima laporan Setiausaha PAS kawasan Langkawi mengatakan sejumlah lapan individu termasuk Mazlan dan Safwan Hanif telah melanggar ketetapan parti. HM
Mazlan, Safwan tak kisah dipecat dari PAS
Baca Artikel Menarik:
- Riena Diana sedia buat babak ranjang
- Umar pecah rekod kebangsaan di Chengdu
- Tular video wanita dipukul di tangga, bapa buat laporan polis
- Biodata Masya Masyitah
- Terharu Syed mandikan saya – Hana
- PAS berkawan dengan siapa saja asal dapat berkuasa, dengan DAP pun sudah
- Kehidupan Bell berubah 180 darjah
- Aira Azman permata baharu skuasy negara
- Ismail Sabri ingatkan ahli UMNO jangan serang parti sendiri, serang musuh UMNO
- Pengikut ajaran The Ahmadi sertai perhimpunan LGBT ditahan
- Dah Pandai Buat Tahi, Pandai Lah Bersihkan
- Syarleena buat laporan polis terhadap Muhyiddin
- Isteri calon PRN Terengganu dakwa digantung tidak bertali
- Cardi B mengamuk, baling mikrofon ke arah peminat (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’
You must be logged in to post a comment.