Saya beri kerjasama kepada SPRM – Dato Malik

Ahli perniagaan itu ditahan oleh agensi antirasuah pada Selasa untuk siasatan berhubung pengubahan wang haram.

Saya beri kerjasama kepada SPRM – Dato Malik

Abdul Malik Dasthigeer, atau lebih dikenali sebagai “Dato Malik” berkata dia akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika disoal siasat.

Sumber memberitahu FMT pada Selasa bahawa ahli perniagaan itu telah ditahan SPRM di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).



“Saya telah memberikan pendedahan penuh mengenai perkara ini dan akan terus memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk membantu (menyelesaikan) kes itu,” kata Malik dalam video di Instagram hari ini.

Dia berterima kasih kepada mereka yang telah menyatakan sokongan kepadanya. “Mari kita mengharapkan yang terbaik dan (agar) keadilan akan ditegakkan.”

Malik, yang merupakan pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, dikenali kerana membawa artis dari India untuk mengadakan konsert Tamil di Malaysia.

Syarikatnya terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution. FMT



Saya beri kerjasama kepada SPRM – Dato Malik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan



Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker