Saifuddin buat dakwaan baru kes kecurian REE di Kedah
Saifuddin buat dakwaan baru kes kecurian REE di Kedah
Dalam episod terbaru siri pendedahannya berhubung dakwaan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Bukit Enggang, Sik, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata polis sedang menyiasat seorang individu.
Menurutnya, individu tersebut mempunyai kaitan dengan pemerdagangan pekerja yang terlibat dalam perlombongan nadir bumi di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
“Dia ditahan dan kini direman selama 28 hari.
“Dia membawa masuk pekerja dari luar negara dan tidak membayar gaji pun,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis pengenalan calon Perpaduan Kedah dan pelancaran manifesto di Sungai Petani, Kedah malam tadi.
Saifuddin, bagaimanapun tidak mendedahkan nama individu tersebut.
Dalam ucapannya, Saifuddin juga menamakan dua warga negara China yang didakwa diambil bekerja dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah untuk menjalankan eksplorasi unsur nadir bumi.
Malaysiakini tidak mendedahkan nama suspek kes jenayah itu sementara menunggu pertuduhan rasmi dibuat.
Menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini berkata dia tidak tahu mengenai keberadaan warga negara China itu kerana tidak terlibat secara langsung dalam urusan MBI.
Bagaimanapun, Saifuddin mendakwa malam tadi Sanusi telah menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri pada 31 Mac 2021, supaya individu berkenaan mendapatkan pas lawatan profesional untuk memasuki negara ini.
“Macam mana dia boleh tak tahu? Dia menandatangani surat yang mengandungi nama (warga China) di dalamnya.
“Jika Sanusi tidak tahu apa yang dia tandatangani maka itu sangat berbahaya,” katanya.
Sebelum ini, Saifuddin mendakwa Sanusi didenda RM500,000 tahun lepas berhubung kes kecurian nadir bumi.
Gambar fail, bantahan penduduk terhadap perlombongan REE.
Menjawab perkara ini, Sanusi menafikan perkara itu dan menjelaskan dia mahupun MBI tidak dikenakan denda, sebaliknya pihak ketiga yang dikenakan denda.
Sanusi juga berkata sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Saifuddin atas dakwaan itu.
Dilaporkan pada Selasa lalu bahawa SPRM telah memulakan siasatan berhubung dakwaan perlombongan REE haram di Bukit Enggang, Sik, yang melibatkan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
Agensi itu juga menahan seorang pegawai kanan MBI Kedah, serta seorang pengarah syarikat berhubung kes itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pada Khamis minggu lalu bahawa suruhanjaya itu telah menyoal 12 orang setakat ini dan akan memanggil Sanusi. Mk
Saifuddin buat dakwaan baru kes kecurian REE di Kedah
Baca Artikel Menarik:
- Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun
- Yusuf Islam berduka pemergian Sinéad O’Connor
- Bebaskan Pulau Pinang dari Lim Guan Eng – Bekas ahli DAP
- Abang penggal kepala adik kerana nikah tanpa restu
- Guru Tuisyen Ratah Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
- Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS
- ‘Kami pernah susah, makan hanya berlaukkan keropok saja’
- Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
- e-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa
- Usaha penyingkiran penyokong Kon Yeow – Ramasamy
- Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
- Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah
- Semua 10 EXCO Kedah dipanggil isu siasatan rasuah REE
- Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.