Rafizi cabar Sanusi debat

Timbalan presiden PKR berkata cabaran debat itu dilakukan kerana Sanusi Nor dilihat sebagai pemimpin pembangkang paling berani.

Rafizi cabar Sanusi debat

Rafizi Ramli mencabar Sanusi Nor berdebat secara langsung di televisyen bagi kempen PRN selepas tawaran sama dilontarkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Azmin Ali beberapa hari lalu tidak disahut.

Timbalan presiden PKR berkata, beliau memilih Sanusi kerana pengarah pilihan raya PN itu dilihat sebagai pemimpin pembangkang paling berani selain yakin ia akan menjadi “hiburan terbaik” menjelang PRN 12 Ogos ini.

“Oleh kerana Azmin, bekas menteri ekonomi sampai sekarang (tidak sahut cabaran debat). Sudahlah lari dari kerusi Bukit Antarabangsa, yang itu pun takut, sekarang orang ajak berbincang pasal ekonomi pun takut.

“Jadi saya ingat yang seterusnya dalam kalangan pimpinan PN ini yang paling berani adalah Sanusi.

“Oleh itu, lepas ini insya-Allah saya nak jemput Sanusi mari berdebat dalam televisyen. Saya yakin ramai, TV3 ke, Astro ke, semua akan berebut-rebut.

“Sebab saya pengarah pilihan raya PKR, dia pengarah pilihan raya PAS. Jom mari kita berdebat supaya kita boleh bincang,” katanya dalam ceramah Jelajah Madani DUN Rawang malam tadi, menurut Harian Metro.

Dalam ceramah Jelajah Madani di Port Dickson Selasa lalu, menteri ekonomi tersebut mencabar Azmin berdebat mengenai ekonomi Malaysia jika pemimpin PN itu berani.

Sebelum itu, beliau juga pernah melontarkan cabaran debat kepada Azmin menjelang pemilihan PKR pada 2018 ketika bekas menteri hal ehwal ekonomi tersebut masih memegang jawatan timbalan presiden PKR, namun menolaknya.

Sementara itu, Rafizi berkata cabaran debat adalah untuk memulakan budaya persaingan idea bagi membantu rakyat, dan tidak tertumpu kepada retorik “siapa lebih Melayu”.

“Saya dah bentangkan satu perkara yang mudah saja, macam mana kita nak tukar solar dan atap nak bantu rakyat. Saya nak tunggu daripada PN apa idea mereka, idea konkrit macam mana nak bantu rakyat,” katanya.

Katanya, debat itu boleh diadakan dalam tempoh sepanjang dua minggu kempen sebagai cara terbaik untuk “menutup” mulut Sanusi daripada memperlekeh atau menghina pemimpin lawannya.

“Jadi ada masa dua minggu lagi ni, kalau saya tak bantu dia berdebat pasal ekonomi, pasal pentadbiran, saya tak tahu siapa lagi dia nak hina lepas ini,” katanya. FMT

Rafizi cabar Sanusi debat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker