Arwah tak pernah bercerita soal rumah tangganya

Arwah tak pernah bercerita soal rumah tangganya

“Arwah tidak pernah bercerita mengenai rumah tangganya, kami juga jarang bertemu arwah,” kata Azmir Alias,37.

Azmir adalah adik kepada Azween Noor, 38, yang maut dipercayai didera suaminya di sebuah pangsapuri di Sungai Long, Kajang, Ahad lalu.

Azmir berkata, kali terakhir keluarganya bertemu dengan arwah adalah pada Aidilfitri lalu dan arwah tidak bercerita yang dia didera.

“Arwah memang seorang yang pendiam, dia bercakap apabila perlu sahaja, dia tidak pernah bercerita soal rumah tangganya.

“Ada dia beritahu mengenai suaminya yang kerap kerja di luar kawasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, keluarga juga tidak pernah bertemu dengan suaminya (suspek) sejak arwah melangsungkan perkahwinan enam tahun lalu.

“Suaminya tidak membenarkan arwah ke rumah ibu, kami juga pelik dengan sikap lelaki itu.

“Pernah satu ketika ibu ke rumah arwah namun dihalau lelaki terbabit menyebabkan sehingga kini ibu tidak pergi ke rumah arwah,” katanya.

Katanya, arwah meninggalkan dua cahaya mata berusia enam dan tiga tahun yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kami sekeluarga ingin membuat permohonan untuk menjaga kedua-dua anak arwah,” katanya.

Semalam, polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai Mohamed Imran Mohamed, 32, yang beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.

Lelaki terbabit dipercayai suspek dalam kejadian mendera isterinya sehingga mati sebelum dihantar ke hospital.

Wanita terbabit dihantar suaminya ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, lelaki itu menghilangkan diri. HM

Arwah tak pernah bercerita soal rumah tangganya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker