Sanusi ditegur simpan pistol dalam kenderaan
Sanusi ditegur simpan pistol dalam kenderaan
Tular di media sosial seorang lelaki memberi nasihat kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor agar tidak celupar mendedahkan kepada umum dalam kenderaannya ada pistol.
Lelaki yang tidak dikenali identiti itu tetapi mendakwa sebagai kawan dan sahabat kepada Menteri Besar itu menegaskan, tindakan Muhammad Sanusi menyimpan senjata api dalam kenderaan ada salah daripada segi undang-undang.
“Dia ingat pistol itu pistol mainan boleh diuar-uarkan kepada orang ramai. Ini bahaya. Ia mengundang keselamatannya terdedah kepada pihak tertentu yang ada niat jahat.
“Siap beritahu lagi, dalam kenderaannya ada pistol dengan 14 peluru dalam kelopak. Ini sudah salah sahabat walaupun cakap ada lesen.
“Kena ingat, ketika seseorang itu yang memegang jawatan besar menyatakan dia ada pistol, pistol itu kena bersentuh dengan badan. Itu yang mengikut undang-undang betul, bukan letak dalam kenderaan,” katanya.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) ketika berucap pada Ceramah Gelombang PN di padang awam Kuala Ketil malam Isnin lalu mendedahkan dalam kenderaannya sepanjang masa ada pistol sebagai langkah keselamatan.
Senjata api itu, katanya, dibawa sebagai persediaan susulan maklumat adanya rancangan untuk menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya sejak enam bulan lalu.
Menurut lelaki itu lagi, sebagai sahabat, beliau menasihatkan Menteri Besar itu agar tidak menguar-uarkan perkara yang boleh menjejaskan keselamatan dirinya sendiri.
“YB Menteri Besar, tolong jangan bawa (uar-uarkan) benda macam ini. Adui.. aku pun tak taulah, pening kepala.
“Saya nak cuba perbetulkan perangai you tapi you tak nak ikut. Tapi, bila you cakap (berucap) semua orang tepuk, itu satu unsur ugutan terutama dalam ucapan itu you kata ada pistol.
“Satu lagi, semasa kamu beritahu ada pistol dalam kereta, ini akan mendorong pihak tertentu rancang nak curi dan macam-macam akan berlaku. Kamu, secara tak langsung menjemput musuh kamu sendiri. Ini bukan tauladan dan sikap yang baik sebagai seorang Menteri Besar,” katanya.
Beliau berharap, polis dapat menasihatkan Muhammad Sanusi mengenai penggunaan pistol supaya tidak melanggar peraturan dan undang-undang. MG
Sanusi ditegur simpan pistol dalam kenderaan
Baca Artikel Menarik:
- Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun
- Yusuf Islam berduka pemergian Sinéad O’Connor
- Bebaskan Pulau Pinang dari Lim Guan Eng – Bekas ahli DAP
- Abang penggal kepala adik kerana nikah tanpa restu
- Guru Tuisyen Ratah Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
- Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS
- ‘Kami pernah susah, makan hanya berlaukkan keropok saja’
- Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
- e-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa
- Usaha penyingkiran penyokong Kon Yeow – Ramasamy
- Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
- Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah
- Semua 10 EXCO Kedah dipanggil isu siasatan rasuah REE
- Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.