Rumah Idaman Aleeya Zailan Yang Dibina Bertukar Tragedi?

Rumah Idaman Aleeya Zailan Yang Dibina Bertukar Tragedi?

Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal iaitu Aleeya Zailan sentiasa melayani peminat dan pengikutnya di media sosial menerusi live di Facebook, Instagram, serta TikTok.

Aleeya Zailan sering berkongsi aktiviti keluarga mereka yang memasak hidangan dalam skala besar setiap hari sambil mempromosi produk keluarannya di media sosial miliknya. Aleeya Zailan sering menyakat anak-anaknya serta suaminya yang menjadikan netizen terhibur melihat telatah mereka.

Selain itu juga, Aleeya Zailan sering membuat live bagi menunjukkan tempat makan yang dia dan keluarganya sering berkunjung sekiranya dia tidak memasak pada hari tersebut.

Lain Yang Dijanjikan, Lain Pula Yang Berlaku!

Baru-baru ini, Aleeya Zailan memuat naik satu video di laman youtube miliknya yang meraih perhatian ramai. Dalam video berkenaan, Aleeya Zailan menjelaskan kenapa rumah barunya yang dibina di Melaka lambat disiapkan dan tidak seperti yang dijanjikan.

Menurut Aleeya Zailan, dia dan suaminya telah dijanjikan bahawa rumah tersebut akan siap dibina dalam jangka masa 10 minggu serta seramai 25 pekerja yang akan menyiapkan rumah tersebut. Namun setiap kali Aleeya Zailan pulang ke Melaka untuk menjenguk keadaan rumahnya, terdapat seorang sahaja yang berkerja dan pernah suatu ketika tiada siapa yang bekerja ketika itu. Perkara sebegitu bukan hanya berlaku sekali malah berkali-kali.

Dikatakan rumah tersebut dijanjikan akan disiapkan sebelum raya tahun ini, jadi Aleeya Zailan dan suaminya telah membeli barangan rumah mengikut daripada perancangan asal yang telah dijanjikan. Namun barang yang dibeli mereka terpaksa diletakkan di luar kerana rumah tersebut belum siap dibina.

Tambahnya lagi, bumbung rumah tersebut banyak kali terpaksa dibuka kerana terdapat beberapa kesalahan, selain itu, dinding rumah tersebut senget dan lain-lain. Katanya lagi bukan hanya kontraktor yang bermasalah namun arkiteknya juga sama, dibayar dengan harga mahal namun yang dilukis diatas kertas hanyalah plan rumah segi empat yang biasa dilukiskan oleh kanak-kanak.

Apa-apa pun, semoga segala masalah yang dihadapi oleh Aleeya Zailan dapat diselesaikan dengan baik. Apa kata anda? Mr

Rumah Idaman Aleeya Zailan Yang Dibina Bertukar Tragedi?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker