MOF segerakan pemberian e-tunai RM100 – Ahmad Maslan
MOF segerakan pemberian e-tunai RM100 – Ahmad Maslan
Kementerian Kewangan bersedia menyegerakan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemberian kredit e-tunai RM100 kepada rakyat terutamanya membabitkan golongan B40 dan M40.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan pengumuman Perdana Menteri itu suatu berita baik kepada rakyat dan perkembangan terkini mengenainya akan diumumkan dari masa ke semasa.
Menurutnya, pemberian e-tunai ini mengajar dan mendidik rakyat berhadapan dengan ekonomi pendigitalan masa depan iaitu ‘cashless society’ atau masyarakat tanpa tunai.
“Kita bersedia untuk meneruskan e-tunai RM100 kepada 10 juta rakyat yang berpendapatan bawah RM100,000 setahun iaitu mereka dalam kategori B40 dan M40.
“Ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk kita melatih rakyat berhadapan dengan ‘cashless society’ yang menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan.
“Nampak macam kecil RM100, tetapi konsep ini penting untuk mendidik rakyat demi ekonomi masa depan, itu yang penting,” katanya selepas Majlis perasmian MOU Aplikasi Lulus bersama CTOS Berhad dan Celcom Digi Berhad di sini, hari ini.
Selain itu katanya, Kementerian Kewangan juga bersedia melaksanakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta bantuan RM200 kepada pesara kerajaan.
“Kedua-dua ini adalah berita baik, ini sebenarnya untuk membantu rakyat dalam usaha meningkatkan ekonomi setempat,” katanya.
Dalam pada itu katanya, bagi individu yang tiada aplikasi e-tunai terutamanya warga emas perlu dibantu sama ada ahli keluarga atau pemimpin setempat di kawasan tempat tinggal mereka. HM
MOF segerakan pemberian e-tunai RM100 – Ahmad Maslan
Baca Artikel Menarik:
- Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun
- Yusuf Islam berduka pemergian Sinéad O’Connor
- Bebaskan Pulau Pinang dari Lim Guan Eng – Bekas ahli DAP
- Abang penggal kepala adik kerana nikah tanpa restu
- Guru Tuisyen Ratah Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
- Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS
- ‘Kami pernah susah, makan hanya berlaukkan keropok saja’
- Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
- e-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa
- Usaha penyingkiran penyokong Kon Yeow – Ramasamy
- Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
- Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah
- Semua 10 EXCO Kedah dipanggil isu siasatan rasuah REE
- Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Norish Karman bibir tebal kerana botox?