Anak Allahyarham Salahuddin bakal jadi calon Parlimen Pulai?
Anak Allahyarham Salahuddin bakal jadi calon Parlimen Pulai?
Spekulasi anak bongsu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Siti Fatihah akan dicalonkan bertanding di Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti, setakat ini hanya khabar angin politik.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dzulkefly Ahmad, berkata parti itu masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Pulai, mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Katanya, isu berkenaan calon dua kerusi itu tidak disentuh pada mesyuarat pimpinan AMANAH Pusat yang berlangsung di ibu negara, dua hari lalu.
“AMANAH sebenarnya terbuka apabila berlaku PRK berlangsung, sudah tentu jadi tumpuan media. Pelbagai cadangan tentang calon akan ditimbulkan dalam media sosial dan menjadi perbualan hangat, namun calon akan tentukan mengikut prosedur parti.
“Mengenai Fatihah, saya difahamkan dia adalah anak bongsu dari enam beradik dan peguam. Fatihah juga sudah terbabit dalam Wanita Muda Amanah (WARDA) di peringkat nasional. Sama ada Fatihah bakal menjadi calon AMANAH pada PRK nanti, buat masa ini ia hanya desas desus,” katanya ketika dihubungi.
Ahad lalu, Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.
Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH sebelumnya dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada jam 10.15 malam Jumaat lalu, selepas mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
Salahuddin dipilih menjadi Ahli Parlimen Pulai selama dua penggal iaitu pada 2018 dan 2022, selain memenangi kerusi DUN Simpang Jeram ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan PRU15 lalu.
Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, mengikut prosedur parti, kepimpinan negeri akan menghantar senarai nama calon untuk diputuskan kepimpinan Pusat.
“Apa-apa pun, kita ada prosedur seperti yang dilakukan mana-mana parti politik. Biasanya nama-nama calon akan diangkat daripada kawasan atau bahagian terlebih dahulu.
“Kemudian nama calon berkenaan akan dihantar ke kepimpinan negeri sebelum ke peringkat Pusat yang kemudiannya akan memutuskan calon yang terbaik,” katanya. BH
Anak Allahyarham Salahuddin bakal jadi calon Parlimen Pulai?
Baca Artikel Menarik:
- Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun
- Yusuf Islam berduka pemergian Sinéad O’Connor
- Bebaskan Pulau Pinang dari Lim Guan Eng – Bekas ahli DAP
- Abang penggal kepala adik kerana nikah tanpa restu
- Guru Tuisyen Ratah Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
- Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS
- ‘Kami pernah susah, makan hanya berlaukkan keropok saja’
- Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
- e-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa
- Usaha penyingkiran penyokong Kon Yeow – Ramasamy
- Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
- Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah
- Semua 10 EXCO Kedah dipanggil isu siasatan rasuah REE
- Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.