Anwar lantik anak jadi penasihat kanak kewangan dan ekonomi

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi.

Anwar turut mengesahkan perkara ini dalam sidang media hari ini.

“Saya tak bayar apa-apa elaun kepada dia,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat khidmatnya di Tambun, Perak.



Anwar yang juga menjadi menteri kewangan turut tidak mengambil gaji.

Nurul Izzah memaklumkan tentang peranan barunya itu dalam wawancara bersama The Star yang diterbitkan hari ini.

“Sementara saya tiada di Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat, saya kini berkhidmat dalam kerajaan dalam dasar awam dan pelaksanaan dasar,” katanya.

Naib presiden lantikan PKR itu merupakan antara pemimpin utama yang menjadi korban kepada “gelombang hijau” PN di utara semenanjung, selepas tewas di kerusi Parlimen Permatang Pauh.



Nurul Izzah berkata dia berharap dapat menggunakan pengalaman lalunya sebagai ahli parlimen, kerjanya dalam isu kemiskinan, pendidikan vokasional dan teknikal serta ketika dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk berkhidmat sebagai penasihat Anwar.

Belanjawan 2023

Antara tugasnya pada masa ini adalah melakukan libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk orang ramai, untuk Belanjawan 2023.

“Sebagai sebahagian daripada persiapan belanjawan, kita bukan saja telah jumpa kumpulan perniagaan dan pihak berkepentingan biasa lain, tetapi kita juga sedang mendapatkan input dari rakyat, terutama daripada B40, dan tidak lupa juga M40.



“Arahan dari perdana menteri jelas: Bercakap dengan rakyat dan dengar idea, kebimbangan dan harapan mereka. Mereka adalah pihak berkepentingan paling utama,” katanya lagi.

Dia sebelum ini memaklumkan mengalami keguguran ketika menjalankan tugas, termasuk berulang-alik antara Pulau Pinang dan Putrajaya.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata peranan terbarunya ini akan membolehkannya menggalas tanggungjawab baru di tengah keadaan ekonomi yang mencabar.

“Namun, saya yakin dapat menyumbang kepada evolusi Malaysia yang bukan saja mengejar pertumbuhan semata-mata demi pertumbuhan, tetapi negara yang mengangkat semua strata masyarakat dan memberikan kesaksamaan dalam peluang.



“Orang muda tidak boleh hilang harapan pada negara. Keadaan mungkin tidak dapat bertambah baik dalam masa singkat, tetapi keputusan yang kita buat hari ini akan menentukan Malaysia yang diwarisi mereka di masa akan datang,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker