Berani buat berani tanggung
Berani buat berani tanggung
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kesal dan mengecam kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam urusan pemilihan Menteri Besar.
Katanya, tindakan Muhammad Sanusi itu seolah-olah ‘tahu semua perkara’ dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan beliau.
“Ada perkara yang saya tidak boleh terima apabila beliau buat. Sebelum ini, sudah diingatkan jangan sentuh isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R).
“Majlis Raja-Raja sudah bertitah..Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah sebut…Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) sudah ingatkan.
“Baru-baru ini beliau perlekehkan Sultan Selangor dengan cara mengejek. Itu biadab dan derhaka. Itulah politik Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika berucap pada program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Dewan Serbaguna Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, di sini, malam tadi.
Terdahulu, media melaporkan Muhammad Sanusi dalam satu ceramah mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor.
Menerusi video tular dipercayai ketika menyampaikan ceramah, Muhammad Sanusi juga turut didakwa memperlekeh pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Menurut laporan media, Sanusi dalam ceramahnya baru-baru ini, membuat perbandingan antara Sultan Kedah dan Sultan Selangor dalam melantik Amirudin menjadi menteri besar yang dilabelnya sebagai “cokia”.
Dalam pada itu, Fahmi mengingatkan Muhammad Sanusi supaya menanggung segala perbuatan yang telah beliau lakukan.
“Saya tak nak cakap lebih dari itu. Tetapi, selepas peringatan dibuat..berani buat berani tanggung,” katanya. BH
Berani buat berani tanggung
Baca Artikel Menarik:
- Broker hartanah mati dikerat, mayat disumbat dalam peti sejuk
- Amirudin bukan pandai memerintah – Sanusi
- SPRM buru Justin Lim
- Bekas isteri pelawak buka tudung selepas bercerai
- Cik Pia datang terjah, Boss Kay dakwa bekas isteri psiko (Video)
- Afdlin Shauki sudah berkahwin?
- Bapa durjana rogol 2 anak, seorang hamil
- Suami paksa isteri pakai macam ‘Pornstar’ akibat ketagih pornografi
- Jihan, Elly bermasam muka?
- Zafrul bidas Mahathir, ‘Saya menteri bukan SUA Mahathir’
- Sanusi buka rahsia PAS Kedah dengan Mukhriz
- Banglo mewah, ‘Sanusi habaq bukan dia punya’
- Chegubard gesa siasat rumah Anwar didakwa milik ‘tauke misteri’
- Bibir murid digigit guru, beri ruang pihak berkuasa siasat – Fadhlina
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid
Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia